PaKaR-PaKaR BLoG

Siri Kisah Benar : Pengsan bila mau balik kampung [1]

(Mungkin secantik inilah wajah Ros gadis bali yang Karim ceritakan)


Karim menumpang rumah sewa Wadi kawan sekampungnya. Dia baru saja sampai di kuala lumpur dari kampungnya kelantan. Jauh perjalanan langsung tidak dirasainya. Dia nekad meninggalkan kampung selepas menamatkan zaman persekolahannya. Result SPMnya yang kurang power menyebabkan dia tiada pilihan selain mengembara ke kuala lumpur untuk mencari pekerjaan. Lagi pula sudah ramai kawan sekampungnya bekerja di kuala lumpur. Duduk di kampung juga berasa bosan kerana ramai kawan sudah tiada di kampung. Cuma di hari raya sahaja kampungnya jadi meriah kerana semuanya balik beraya. Masing-masing pulang beraya dengan penuh gaya, ada yang membawa balik kereta dan penampilan diri yang bergaya dan moden. Ini menyebabkan karim sentiasa menyimpan angan-angan untuk bekerja di KL.

Dipendekkan cerita karim mendapat kerja di sebuah kilang selepas 2 hari berada di KL. Namun dia terpaksa menyewa rumah lain kerana kilangnya jauh daripada rumah sewa Wadi. Karim tidak kisah janji dia mendapat kerja. Lagi pun bila hujung minggu tidak bekerja dia masih boleh ke rumah wadi untuk lepak bersama-sama.

Karim melapor diri untuk bekerja keesokan harinya. Supervisornya menunjukkan tempat kerja dan memberi taklimat serba sedikit mengenai kerjanya. Selepas itu supervisor meninggalkan karim dan karim terus mulai kerjanya. Pada mulanya karim agak kekok namun Rosli seorang pekerja lama yang bekerja disebelahnya membantu menyebabkan kerjanya menjadi mudah. Dia tidak sempat berborak lama dengan rosli kerana masing-masing sibuk dengan kerja. Bekerja di kilang memang tiada masa untuk melahu.

Sambil bekerja karim terlihat ada wanita cantik yang bekerja sama di bahagiannya. Wanita tersebut memerhatikannya dan mengukir senyuman menggoda. Rupanya wanita tersebut dari tadi lagi telah memerhatikan karim. Wanita tersebut walaupun sedikit berumur namun masih lagi cantik. Karim sekali sekala bermain mata dengan wanita yang belum dikenalinya itu, pada kiraannya wanita itu berumur dalam lingkungan 28-30 tahun iaitu dalam 10 tahun beza umur dengannya. Selayaknya wanita tersebut menjadi kakak sahaja kepada karim.

Jam 10 pagi loceng rehat berbunyi dan semua pekerja bergegas keluar untuk makan dan rehat. Kantin kilang dengan pantasnya dipenuhi orang. karim malas untuk berebut membeli makanan lagipun dia masih lagi terasa kenyang, cukuplah dengan bekal air nescafe yang di bawanya dan menghisap sebatang rokok di belakang kilang tempat parking motosikal.

"Tidak pergi ke kantin?"tegur seorang wanita. Karim yang sedang duduk di atas bangku motornya segera berpaling. Ternyata wanita yang menegurnya itu adalah kakak cantik yang bekerja di bahagiannya tadi. "Tak kak, saya tak lapar lagi. Ramai sangat kat kantin tu." jawab karim tersenyum. Dari dekat memang kakak itu kelihatan lebih cantik, badannya memang seperti anak dara yang masih mantap. "Jangan dipanggil kakak, panggil saja Ros,"kakak itu memperkenalkan dirinya sambil menghulurkan karipap kepada karim. Daripada percakapan ros, karim tahu dia bukan orang tempatan. "Ros orang mana?" karim tidak menolak karipap yang diberi. "Ros orang bali, datang jauh bekerja di Malaysia,"jawab ros sambil ketawa perlahan. Karim sangat terpesona melihat senyuman ros itu. Ingin saja dia melamar ros sebagai aweknya.

Masa rehat telah tamat. Walaupun sekadar 10 minit rehat, karim sempat berbual banyak perkara dengan ros. Tentang kampung halaman, tentang rumah sewa dan lain-lain. Karim merasa gembira mendapat kawan-kawan baru di hari pertama kerjanya. Sekurang-kurangnya stresss kerja dapat dihilangkan bila berborak dengan kawan-kawan.

Hari-hari berlalu sudah genap 5 bulan karim bekerja. Pada awal dulu sering juga dia berkunjung ke rumah wadi apabila hari minggu. namun sejak mula keluar dating dengan ros, karim tidak pernah ada masa lagi untuk melepak bersama kawan sekampungnya itu. Wadi tidaklah tahu mengenai hubungannya dengan ros namun wadi juga tidaklah kisah samada karim datang melepak atau tidak ke rumahnya. Hubungannya dengan ros semakin mesra seperti pasangan kekasih. Namun karim sekadar menganggap ros tidak lebih dari seorang kawan dan kakaknya. Walaupun ros itu cantik tidaklah bermakna karim ingin mengambilnya untuk hubungan yang lebih serius. Umurnya baru sahaja 18 tahun ingin berkasih dengan wanita seusia mak saudaranya tidak mungkin. Tambahan pula karim sudah ada buah hatinya di kampung, Leha anak pak cik mail tongkeng yang seusia dengannya.

Cuti persekolahan telah tiba. Wadi mengajaknya memohon cuti untuk balik ke kampung bersama. Wadi selalunya balik ke kampung 2 kali setahun iaitu pada waktu cuti sekolah dan cuti hari raya. Pada waktu ini ramai kawan-kawan dan sanak-saudara berkumpul. Namun karim memberitahunya bos kilangnya tidak meluluskan cuti dan berjanji akan balik hari raya bersama wadi nanti.

Ros sangat gembira kerana karim tidak jadi balik ke kampung. Sebenarnya ros lah yang memujuk karim supaya tidak mengambil cuti. Ros sangat sedih bila karim memberitahunya ingin balik ke kampung bercuti. Karim tidak sampai hati melihat wajah manis ros sedih lalu menipu wadi dengan memberitahu cutinya tidak diluluskan. Sikap karim yang terlalu mengikut kehendak ros itu memang pernah ditegur oleh rosli namun karim tidak menghiraukannya.

Kini sudah hampir tiba hari raya. Karim sangat teruja untuk pulang berhari raya. Dia sudah pun berpakat dengan wadi dan kawan sekampungnya yang lain untuk konvoi pulang berhari raya. Seperti biasa ros bersedih dan memujuknya supaya tidak balik ke kampung. Namun kali ini karim berkeras untuk pulang juga. Mana mungkin dia tidak balik di hari raya.

Malam itu karim mengemas pakaiannya. Tidak sabar dia menunggu wadi datang mengambilnya. Wadi berjanji mengambilnya pada jam 10 malam. Tidak lama kemudian kedengaran kereta sampai di rumah sewanya. Kedengaran suara wadi melaung memanggil namanya. Namun karim tidak menjawab. Wadi dan seorang lagi kawannya masuk ke rumah karim lalu menuju ke biliknya. kelihatan karim terbaring dengan beg pakaiannya masih berada di tangannya. Wadi sangat terkejut dan hilang arah mengenangkan sahabatnya tiba-tiba terbaring kaku di dalam bilik sedangkan baru 5 minit lepas dia berborak melalui telefon.

Selepas dicuba dengan berbagai cara namun karim tidak juga sedar. Kawannya mencadangkan karim di bawa ke hospital. Wadi dan kawannya mengangkat karim ke dalam kereta dan membawanya ke hospital. Doktor mengesahkan karim hanya pengsan kepenatan akibat bekerja dan berpuasa, tubuhnya kekurangan air menyebabkan dia menjadi lemah hanya kegembiraan untuk balik ke kampung membuat karim bersemangat namun akhirnya badannya tidak berdaya lagi dan menyebabkan dia pengsan. Karim terpaksa di tahan di wad selama 3 hari. Wadi lega mendapat tahu kawannya itu tidak apa-apa. Wadi dan kawan-kawannya yang lain terpaksa juga balik ke kampung tanpa karim.

Karim telah pun sihat semula. Selama 3 hari di hospital dia merasa sangat bosan dan sedih. Bosan kerana dia merasa dirinya sihat tanpa sakit apa-apa namun doktor tidak membenarkannya pulang. Sedih kerana tahun ini adalah hari raya pertama dia tidak dapat beraya di kampung. Hari raya ke-4 karim beraya dengan ros di badanraya KL sahaja. Ros memujuknya bersabar sahaja dengan kejadian itu.

Hari demi hari berlalu karim meneruskan kerjanya seperti biasa. Karim sangat rajin bekerja dan selalu membuat OT. Duit simpanannya semakin bertambah. Kerjanya semakin terasa ringan setelah mengenali lebih ramai kawan yang bekerja bersama. Si sahak adalah rakan OTnya. Sahak merupakan seorang yang gila OT, katanya dia ingin membeli motor 125 yamaha. Selepas mengenali sahak itu lah karim sering kali melakukan OT.

Setahun berlalu akhirnya hari raya tiba lagi. kali ini karim betul-betul menjaga minumnya dan mengurangkan kerja agar dia tidak lagi pengsan kepenatan seperti tahun lepas. Malah dia mengambil cuti sehari sebelum balik ke kampung untuk berehat di rumah. Seperti biasa wadi datang mengambilnya di rumah. Apabila sampai di rumah sewa karim wadi tidak melaung namanya tetapi terus masuk meluru sahaja ke biliknya untuk membuat surprise. Namun kali ini wadi sekali terkejut melihat badan kaku karim terbaring di dalam biliknya.

Bersambung...



1 comment:

Unknown said...

Best sangat cerita ni.. Buatkan saya nak baca tiap hari..
Tumpang Iklan
Abang..seronoknya..
Nak lagi..boleh?
>>>Enlargexl:Besarkan Zakar <<<

kongsi link ke blog anda di sini