PaKaR-PaKaR BLoG

Showing posts with label Kisah misteri. Show all posts
Showing posts with label Kisah misteri. Show all posts

Siri Kisah Benar : Pelajar histeria pulih diugut bogel


Utusan Malaysia, 29 Ogos 2008 Dengan rambut tidak terurus, seorang pelajar yang terkena diiringi pasukan keselamatan di SMK Tanjung Lumpur, Kuantan.


Fuuu seram jugak baca citer2 pasal histeria ni. Bila aku search gambar2 histeria nak dijadikan hiasan dalam entry kali ni terjumpa banyak citer2 histeria yang pernah berlaku di negara kita ni. Kira yang berlaku taun 2008 di SMK Tanjung Lumpur Kuantan ni terfaymes jugak la. Kalau ada yg belum tau tu bley baca kat sini http://www.mesra.net/forum/lofiversion/index.php/t79816-50.html.


"Cantik budak perempuan tu, Nisa nama dia...,"abg lan membuka cerita mengenai pengalamannya merawat pelajar histeria sewaktu bertugas di sebuah politeknik. Yela budak tengah naik kata orang baru umur 18-20 tahun mmg tgh gebu dan mantap. Citer ni da lama blaku masa tu abg lan jadi pensyarah dan warden kat poli tu.

Kat poli tu memang banyak kisah seram org citer tapi ari ini just tinggal cerita dari mulut ke mulut je la. Citer terbaru xde kot. Sbb da ramai org masuk politeknik maybe antu pun da xde bilik privasi utk dia tinggal ngan anak branak dia. Cuma crita kira paling terbaru taun lepas 2010 ada la bebape pelajar dan driver poli tenampak hantu pochong main lompat2 kat padang bola. kebetulan dari cermin tingkap asrama mmg boley nampak jelas satu padang bola tu. Seram jugak la tengah syok study mengadap luar tingkap tiba2 nampak kelibat putih mayat bebungkus melompat2 camtu. Mau pulak time tu kawan2 sbilik sume balik kampung fuuuu tetiba plak ada kat blakang. (Jgn tgk blakang korang ngeee).

Malam tu handset abg lan bedering, nombor tanpa nama naik di skrin tepon abg lan. abg lan tak tekejut sangat sbb dah biasa sangat nombor xde nama call. biasa la pensyarah, student beribu tak sume nombor dia save. "Cik Lan..ni kechik ni,"kedengaran suara budak pompuan tercungap2 berdebar. "haaa kechik nape?"abg lan terus je kenal bila budak tu kenalkan diri. kechik tu ketua asrama blok pompuan, mmg dia kecik sbb tu org panggil dia kechik. "Cik Lan..Nisa kena histeria ni..camne ni,"resah betul suara kechik bgtau abg lan kawan dia Nisa mraung2 tkena histeria malam2 camtu. Abg lan xla kenal pun bdk nama nisa tu, bdk asrama kan ramai. "Xpe, jap lagi sy pegi sana,"abg lan rilek je jawab sbb kalau warden pun berdebar lagi la budak kechik tu tak tentu arah dibuatnya.

Abg lan sampai di bilik Nisa tak lama lepas tu. Rumah warden xjauh pun ngan asrama tu, jalan kaki pun sampai, kalau naik kete xsempat masuk gear tiga pun kalau kita tak masukkan gear tu la. Kalau kita nak terus jalan ngan gear lima pun xde sape kisah. Ramai jugak la kawan2 Nisa duk pegang dan tenteramkan dia. Cantik budak nisa tu. Abg lan pergi dekat dengan nisa. mmg histeria betul, kalau sorang dua pegang da tpelanting kena humban ngan si nisa tu. macam kena rasuk camtu. Abg lan membaca beberapa ayat tapi xjadi apa2. "Keluar!!,"tiba2 abg lan jerkah kuat. budak2 yg pegang nisa tu pun takut dengar abg lan jerkah. Tapi nisa masih meracau2 garang. "Keluar, kalau tak aku bogelkan ko,"jerkah abg lan lagi. Entah mana abg lan dapat idea nak bogelkan antu xtau la, mungkin sbb nisa cantik kot. Tiba2 lepas abg lan ugut bogel, nisa menjadi lemah mcm antu da kluar camtu. Mungkin malu dibogelkan akhirnya nisa pulih dari histeria. Suasana asrama kembali pulih mcm biasa.

Dua malam lepas tu tiba2 kechik tepon abg lan lagi. Abg lan agak histeria jadi lagi la ni. Entah bdk mana plak kena. "Cik lan, nisa histeria lagi." Mmg betul agakan abg lan, tapi xsangka plak si nisa lagi yg kena, budak ni nampak wanita tanpa wajah ke apa. Abg lan segera bergegas ke asrama. Tidak mcm malam sebelum ni, kali ni nisa mcm mengamuk habis. puas jugak abg lan try mcm2 cara tapi tak menjadi. nisa tetap meracau garang cuba bebaskan diri dari dipegang kawan2 dia. "Aku tampar ko kalau ko tak keluar!!,"abg lan dah naik angin marah mau je dia tampor nisa tu kuat2 biar setan yg masuk dlm tubuh tu menggelepor sakit pipi. Entah setan atau nisa yg menggelepor xtau la. Entah camne tiba2 lepas abg lan ugut penampor tu nisa pulih dari histeria. power jugak penampor abg lan sampai antu pun takut.

Keesokan malamnya telepon abg lan berdering lagi. tapi bukan nombor kechik, nombor xde nama call abg lan. jadi abg lan rasa lega ingatkan nisa kena lagi. "Cik Lan..kechik kena histeria." Ahh sudah kechik pulak kena, slalu dia yg duk tepon, malam ni dia pulak kena. Histeria ni mmg camtu la sifat dia, lepas sorang-sorang kena serang pulih kejap je pastu kena plak. mmg idea histeria ni konon antara idea paling bijak jugak la yg antu setan guna nak menyakat manusia ni. kadang boley givap tu kalau tiap2 malam asyik kena histeria je, nak tgk drama kat tv pun xsenang camtu. karipap panas yang bini masak pun xsempat makan, last2 balik umah lepas ubat org histeria karipap dah abis dibedal anak2.

Kat bilik kechik beberapa org kawan tgh pegang dia kuat2. bdk sekecik kechik pun tak mampu seramai tu org pegang, tgk je kecik camtu bila time histeria abg lan pun boley dia lambung ke belakang. "Keluar, kalau tak kluar aku bogelkan ko,"jerkah abg lan cuba mengugut antu dalam bdn kechik sama mcm dia ubatkan nisa sebelum ni. Kechik langsung tak heran dgn ugutan bogel abg lan malah kechik mencengilkan mata dia yg merah kat abg lan tanda mau melawan. "Kluar!! Aku tampar kalau ko tak keluar,"abg lan skali lagi mengunakan ugutan kepoweran penamparnya moga2 antu tu takut dan kluar dari bdan kechik. Skali lagi kechik langsung xterkesan ngan ugutan biasa2 camtu. hebat tak padan ngan kecik. lepas puas mengugut abg lan akhirnya mati idea dan penat jadi keputusannya abg lan bawa kechik ke hospital mlm itu jugak.

Dengan bantuan dak2 asrama memegang kechik, kechik di bawa ke hospital. "Nape ni?"doktor tanya abg lan bila sampai di hospital. "Histeria,"jawab abg lan ringkas. "oooh xpe bawak masuk ke dalam,"rilek je doktor tu. pastu doktor tu ambik satu benda kecik di sapunya kat hidung si kechik. xlama lepas tu kechik pun sedar. "Saya kat mana ni Cik Lan?"kechik bengong2 xtahu nape dia ada kat hospital. "Xpayah tanya la kechik jom kita balik,"jawab abg lan lalu membawak balik kechik dan kawan2nya ke asrama. Selepas tu histeria nisa dan kechik tidak berulang dan merebak lagi.

Apa benda benda kecik yg doktor sapu kat idung tu? Abg lan sempat tanya doktor lepas kechik pulih dari histeria. "Smelling salt je,"jawab doktor. Smelling salt ni kira macam garam yang diubah suai (packing/dibotolkan) supaya senang dihidu. Asalnya smelling salt ni dibuat utk kegunaan ahli sukan bila ada atlet yang pengsan. Jika ada atlet pengsan just sapukan benda tu kat idung dia. xlama pastu dia sedar la. "Ramai ke org histeria dtg hospital ni,"tanya abg lan kat doktor. "Ramai jugak, kadang budak2 pompuan yg blaja jururawat tu sampai berbelas orang skali kena,"jawab doktor tu. "Ramainya pastu buat camne?"tanya abg lan lagi. "Sapu mnatang ni je la, xlama pastu sume sedar elok je." Rilek je doktor ubatkan org kena histeria.

Hebat jugak garam ni, mungkin sbb tu la org tua dulu2 tabur garam keliling rumah bila ada org kena rasuk hantu. bau garam tu memulihkan kekuatan. Sejak ari tu bila ada histeria je abg lan just ambik garam kat dapur umah lepas tu sapu kat idung org kena histeria. Elok je pulih xpayah nak mengugut bogel ke apa.

Cerita ini diceritakan sendiri oleh Abg Lan kepada aku. Aku mengolahnya menjadi ceritarakyat2u.


Klik like utk kongsi petua ni kat kawan2 korang ^^

Ayah Membelah Tembikai Dalam Kenangan


Teringat aku suatu kisah yg sampai hari ini aku tak boleh lupakan. Peristiwa semasa umurku 5 tahun. Kini aku berumur 45 tahun, sudah mempunyai keluarga aku sendiri. Suatu hari bonda aku membeli sebiji tembikai. Aku lihat dengan mata aku sendiri mak aku sory..bonda aku membimbit tembikai itu ke dapur kemudian meletaknya ke dalam peti ais Toshiba di rumahku.

Kucing aku bernama bubu mengiringi bonda aku dari pintu depan umah ke dapur mengiau-ngiau kerana menyangka bonda aku membimbit ikan. Entah kenapa ketika ibu..sory ketika bonda aku ingin menutup pintu peti tiba-tiba peti itu tidak dapat ditutup. Rupa-rupanya tembikai tadi tidak muat untuk diletak di dalam peti. Aku memerhati dari jauh bonda aku cuba menyusun barang-barang dalam peti supaya tembikai yang baru dibeli itu boleh disimpan. Susah juga aku tgk bonda aku berhempas pulas utk meletakkan tembikai tersebut. Thunder Cat ooooo...bunyi musik cerita katun thunder cat yg aku tunggu dari tadi dah mula tiba-tiba membuatkan pandangan aku yg dari tadi ralit melihat bonda aku dan tembikainya teralih ke televisyen.

Seronok betul aku dapat tgk pedang thunder cat yang boleh memendek dan memanjang tu. Kemudian aku mengalihkan kembali pandangan aku kepada bonda aku. Terkejut aku melihat bonda aku sedang memasak. Macamana dengan tembikai tadi? Tadi bukan main susah payah bonda aku hendak memasukkannya ke dalam peti tiba-tiba dalam sekelip mata sahaja bonda aku dah dapat masukkannya dan sekelip mata juga bonda sedang memasak pula. Aku menjadi tertanya-tanya dan merasa hairan. Ke bukan bonda aku ni. Aku melihat jam di dinding, pukul 11 pagi. Biasa bonda keluar ke pasar jam 10 pagi dan balik dalam 11.30 pagi.

Dengan tidak semena-mena bulu roma aku meremang. "Bonda..," aku cuba menguji adakah benar org yg sedang memasak itu adalah bonda aku atau tidak. "Kenapa seful dah lapar ke, jap la bonda masak ni," aaah lega aku kalau bukan bonda aku mesti dia diam tak bercakap apa-apa. Abg seman jiran sebelah umah aku penah cerita hantu tak boleh bercakap.

Aku suka dengar cerita hantu dari abg seman, abg seman sudah darjah 3 sebab itu dia banyak cerita hantu yang dia dapat dari kawan-kawan sekolahnya. "Macamana bonda masukkan tembikai tadi? Tunjuk la smula seful xsempat tgk td." Bonda aku melangkah ke peti ais lalu membukanya dan mengambil 3 biji lada kemudian dihirisnya dan dimasukkan ke dalam kuali. Laaa ingatkan nak tunjuk cara memasukkan tembikai tadi. A'ah yee baru terlintas aku tak nampak pun tembikai tadi dalam peti semasa bonda membukanya. Pelik tu. Dengan penuh tanda tanya aku pergi sendiri membuka peti ais. Eh..ada je tembikai tu kat bawah sekali mungkin aku tak nampak tadi.

Aku mengambil sebijik sumi dan menutup kembali peti ais. Terkejut aku sewaktu menutup peti kerana di belakang pintunya berdiri satu lembaga hitam dengan gigi menyeringai. Tiba-tiba lembaga itu ketawa berdekeh-dekeh yang rupanya abg seman menyakat aku. Abg seman datang nak menonton thunder cat bersama aku. Nasib baik seful tak tumbuk tadi kata aku marah kepada abg seman. Ye la tu nak tumbuk, aku nampak mcm nak lari je takut ketawa abg seman lagi. Bonda aku tersenyum je melihat telatah kami berdua lalu bonda menyuruhku memberi sumi juga kepada abg seman.

Setelah memberi sumi kepada abg seman kami pun pergi menonton thunder cat meninggalkan bonda memasak di dapur. Kerana disakat abg seman dan asyik dengan cerita thunder cat aku telupa utk menyiasat bagaimana bonda dapat memasukkan tembikai ke dalam peti tadi sehinggalah ke malam hari. Sewaktu makan malam ayah mengambil tembikai dalam peti ais barulah aku teringat kembali. Ayah mengambil pisau lalu membelah tembikai dan kami sekeluarga menikmati keenakan buah tembikai dengan bahagia. Sehinggalah hari ini aku tidak dapat melupakannya, terima kasih ayah kerana membelah tembikai untuk saya.

Terima kasih sudi membaca.

Siri Kisah Benar : Pengsan bila mau balik kampung [1]

(Mungkin secantik inilah wajah Ros gadis bali yang Karim ceritakan)


Karim menumpang rumah sewa Wadi kawan sekampungnya. Dia baru saja sampai di kuala lumpur dari kampungnya kelantan. Jauh perjalanan langsung tidak dirasainya. Dia nekad meninggalkan kampung selepas menamatkan zaman persekolahannya. Result SPMnya yang kurang power menyebabkan dia tiada pilihan selain mengembara ke kuala lumpur untuk mencari pekerjaan. Lagi pula sudah ramai kawan sekampungnya bekerja di kuala lumpur. Duduk di kampung juga berasa bosan kerana ramai kawan sudah tiada di kampung. Cuma di hari raya sahaja kampungnya jadi meriah kerana semuanya balik beraya. Masing-masing pulang beraya dengan penuh gaya, ada yang membawa balik kereta dan penampilan diri yang bergaya dan moden. Ini menyebabkan karim sentiasa menyimpan angan-angan untuk bekerja di KL.

Dipendekkan cerita karim mendapat kerja di sebuah kilang selepas 2 hari berada di KL. Namun dia terpaksa menyewa rumah lain kerana kilangnya jauh daripada rumah sewa Wadi. Karim tidak kisah janji dia mendapat kerja. Lagi pun bila hujung minggu tidak bekerja dia masih boleh ke rumah wadi untuk lepak bersama-sama.

Karim melapor diri untuk bekerja keesokan harinya. Supervisornya menunjukkan tempat kerja dan memberi taklimat serba sedikit mengenai kerjanya. Selepas itu supervisor meninggalkan karim dan karim terus mulai kerjanya. Pada mulanya karim agak kekok namun Rosli seorang pekerja lama yang bekerja disebelahnya membantu menyebabkan kerjanya menjadi mudah. Dia tidak sempat berborak lama dengan rosli kerana masing-masing sibuk dengan kerja. Bekerja di kilang memang tiada masa untuk melahu.

Sambil bekerja karim terlihat ada wanita cantik yang bekerja sama di bahagiannya. Wanita tersebut memerhatikannya dan mengukir senyuman menggoda. Rupanya wanita tersebut dari tadi lagi telah memerhatikan karim. Wanita tersebut walaupun sedikit berumur namun masih lagi cantik. Karim sekali sekala bermain mata dengan wanita yang belum dikenalinya itu, pada kiraannya wanita itu berumur dalam lingkungan 28-30 tahun iaitu dalam 10 tahun beza umur dengannya. Selayaknya wanita tersebut menjadi kakak sahaja kepada karim.

Jam 10 pagi loceng rehat berbunyi dan semua pekerja bergegas keluar untuk makan dan rehat. Kantin kilang dengan pantasnya dipenuhi orang. karim malas untuk berebut membeli makanan lagipun dia masih lagi terasa kenyang, cukuplah dengan bekal air nescafe yang di bawanya dan menghisap sebatang rokok di belakang kilang tempat parking motosikal.

"Tidak pergi ke kantin?"tegur seorang wanita. Karim yang sedang duduk di atas bangku motornya segera berpaling. Ternyata wanita yang menegurnya itu adalah kakak cantik yang bekerja di bahagiannya tadi. "Tak kak, saya tak lapar lagi. Ramai sangat kat kantin tu." jawab karim tersenyum. Dari dekat memang kakak itu kelihatan lebih cantik, badannya memang seperti anak dara yang masih mantap. "Jangan dipanggil kakak, panggil saja Ros,"kakak itu memperkenalkan dirinya sambil menghulurkan karipap kepada karim. Daripada percakapan ros, karim tahu dia bukan orang tempatan. "Ros orang mana?" karim tidak menolak karipap yang diberi. "Ros orang bali, datang jauh bekerja di Malaysia,"jawab ros sambil ketawa perlahan. Karim sangat terpesona melihat senyuman ros itu. Ingin saja dia melamar ros sebagai aweknya.

Masa rehat telah tamat. Walaupun sekadar 10 minit rehat, karim sempat berbual banyak perkara dengan ros. Tentang kampung halaman, tentang rumah sewa dan lain-lain. Karim merasa gembira mendapat kawan-kawan baru di hari pertama kerjanya. Sekurang-kurangnya stresss kerja dapat dihilangkan bila berborak dengan kawan-kawan.

Hari-hari berlalu sudah genap 5 bulan karim bekerja. Pada awal dulu sering juga dia berkunjung ke rumah wadi apabila hari minggu. namun sejak mula keluar dating dengan ros, karim tidak pernah ada masa lagi untuk melepak bersama kawan sekampungnya itu. Wadi tidaklah tahu mengenai hubungannya dengan ros namun wadi juga tidaklah kisah samada karim datang melepak atau tidak ke rumahnya. Hubungannya dengan ros semakin mesra seperti pasangan kekasih. Namun karim sekadar menganggap ros tidak lebih dari seorang kawan dan kakaknya. Walaupun ros itu cantik tidaklah bermakna karim ingin mengambilnya untuk hubungan yang lebih serius. Umurnya baru sahaja 18 tahun ingin berkasih dengan wanita seusia mak saudaranya tidak mungkin. Tambahan pula karim sudah ada buah hatinya di kampung, Leha anak pak cik mail tongkeng yang seusia dengannya.

Cuti persekolahan telah tiba. Wadi mengajaknya memohon cuti untuk balik ke kampung bersama. Wadi selalunya balik ke kampung 2 kali setahun iaitu pada waktu cuti sekolah dan cuti hari raya. Pada waktu ini ramai kawan-kawan dan sanak-saudara berkumpul. Namun karim memberitahunya bos kilangnya tidak meluluskan cuti dan berjanji akan balik hari raya bersama wadi nanti.

Ros sangat gembira kerana karim tidak jadi balik ke kampung. Sebenarnya ros lah yang memujuk karim supaya tidak mengambil cuti. Ros sangat sedih bila karim memberitahunya ingin balik ke kampung bercuti. Karim tidak sampai hati melihat wajah manis ros sedih lalu menipu wadi dengan memberitahu cutinya tidak diluluskan. Sikap karim yang terlalu mengikut kehendak ros itu memang pernah ditegur oleh rosli namun karim tidak menghiraukannya.

Kini sudah hampir tiba hari raya. Karim sangat teruja untuk pulang berhari raya. Dia sudah pun berpakat dengan wadi dan kawan sekampungnya yang lain untuk konvoi pulang berhari raya. Seperti biasa ros bersedih dan memujuknya supaya tidak balik ke kampung. Namun kali ini karim berkeras untuk pulang juga. Mana mungkin dia tidak balik di hari raya.

Malam itu karim mengemas pakaiannya. Tidak sabar dia menunggu wadi datang mengambilnya. Wadi berjanji mengambilnya pada jam 10 malam. Tidak lama kemudian kedengaran kereta sampai di rumah sewanya. Kedengaran suara wadi melaung memanggil namanya. Namun karim tidak menjawab. Wadi dan seorang lagi kawannya masuk ke rumah karim lalu menuju ke biliknya. kelihatan karim terbaring dengan beg pakaiannya masih berada di tangannya. Wadi sangat terkejut dan hilang arah mengenangkan sahabatnya tiba-tiba terbaring kaku di dalam bilik sedangkan baru 5 minit lepas dia berborak melalui telefon.

Selepas dicuba dengan berbagai cara namun karim tidak juga sedar. Kawannya mencadangkan karim di bawa ke hospital. Wadi dan kawannya mengangkat karim ke dalam kereta dan membawanya ke hospital. Doktor mengesahkan karim hanya pengsan kepenatan akibat bekerja dan berpuasa, tubuhnya kekurangan air menyebabkan dia menjadi lemah hanya kegembiraan untuk balik ke kampung membuat karim bersemangat namun akhirnya badannya tidak berdaya lagi dan menyebabkan dia pengsan. Karim terpaksa di tahan di wad selama 3 hari. Wadi lega mendapat tahu kawannya itu tidak apa-apa. Wadi dan kawan-kawannya yang lain terpaksa juga balik ke kampung tanpa karim.

Karim telah pun sihat semula. Selama 3 hari di hospital dia merasa sangat bosan dan sedih. Bosan kerana dia merasa dirinya sihat tanpa sakit apa-apa namun doktor tidak membenarkannya pulang. Sedih kerana tahun ini adalah hari raya pertama dia tidak dapat beraya di kampung. Hari raya ke-4 karim beraya dengan ros di badanraya KL sahaja. Ros memujuknya bersabar sahaja dengan kejadian itu.

Hari demi hari berlalu karim meneruskan kerjanya seperti biasa. Karim sangat rajin bekerja dan selalu membuat OT. Duit simpanannya semakin bertambah. Kerjanya semakin terasa ringan setelah mengenali lebih ramai kawan yang bekerja bersama. Si sahak adalah rakan OTnya. Sahak merupakan seorang yang gila OT, katanya dia ingin membeli motor 125 yamaha. Selepas mengenali sahak itu lah karim sering kali melakukan OT.

Setahun berlalu akhirnya hari raya tiba lagi. kali ini karim betul-betul menjaga minumnya dan mengurangkan kerja agar dia tidak lagi pengsan kepenatan seperti tahun lepas. Malah dia mengambil cuti sehari sebelum balik ke kampung untuk berehat di rumah. Seperti biasa wadi datang mengambilnya di rumah. Apabila sampai di rumah sewa karim wadi tidak melaung namanya tetapi terus masuk meluru sahaja ke biliknya untuk membuat surprise. Namun kali ini wadi sekali terkejut melihat badan kaku karim terbaring di dalam biliknya.

Bersambung...



Siri Kisah Benar : Pengsan bila mau balik kampung [2]

(Karim termenung mengenang kisah lalu sambil membaca mesej2 dari Ros yang disimpannya)
(Gambar hiasan)


Wadi memanggil kawannya yang menunggu di luar rumah masuk ke bilik. Resah suara wadi menyebabkan kawannya dapat mengagak tentu karim pengsan lagi. Setibanya di bilik kelihatan wadi dan kawan serumah karim sedang menyapu air ke muka karim. "Baru tadi elok je, dia dengar kereta masuk rumah..lepas tu dia masuk bilik nak ambil beg pakaian..terus jadi macamni,"beritahu kawan serumah karim tercungap-cungap berdebar. kebetulan malam itu kawan serumahnya itu tidak bekerja.

"Aku rasa karim ni lain la,"tiba-tiba kawan wadi meluahkan perasaan tidak sedap hatinya. "Lain apa, ish kau ni buat aku takut la,"wadi segera memotong. Takut benar dia membayangkan karim terkena sihir atau gangguan makhluk halus. "Kita bawak je dia ke hospital," wadi memutuskan untuk membawa sahaja karim ke hospital kerana baginya kejadian kali ni sama sahaja kejadian tahun lepas. mungkin ada benarnya karim mengalami keletihan akibat kekurangan air dalam badan. apabila doktor memasukkan air ke dalam badan, karim serta merta pulih. pada wadi perkara ini tiada kaitan dengan ilmu hitam atau pun gangguan.

"Karim tak bagi bawak dia ke hospital,"tiba-tiba kawan serumah karim bersuara bagai menyimpan satu rahsia. Wadi dan kawannya memandang wajah kawan serumah karim itu dengan penuh tanda tanya. "Kenapa..,"wadi bertanya ringkas tapi raut wajahnya jelas takut untuk mendengar jawapannya. Lalu kawan serumah karim itu menceritakan semuanya.

Karim selalu menceritakan kisah antara dia dan ros kepada kawan serumahnya saiful. Jika keluar dating atau keluar makan bersama ros karim akan tetap memberitahu saiful. sekurang kurangnya ada seseorang yang tahu ke mana dia pergi. Suatu hari karim telah menceritakan bahawa ros pernah berkata tidak mahu berpisah dengannya. Ros tidak akan sesekali membenarkan karim pulang ke kampung. Walaupun ros mengucapnya sambil berseloroh karim merasa tidak sedap hati. Perasaan itu semakin menjadi-jadi sewaktu dia mengambil cuti rehat awal sehari untuk balik berhari raya. Sewaktu dia mengemas pakaian ke dalam beg dia seolah perasan ada bayangan wanita di sebelahnya.

Bayangan itu seperti bayangan ros yang kelihatan sangat marah kepadanya. Bayangan itu pernah muncul sewaktu dia mengemas pakaian untuk balik berhari raya pada tahun lepas. Lalu dia segera keluar dan mendapatkan saiful yang sedang menonton tv di ruang tamu. Dia menceritakan peristiwa yang berlaku dan berpesan kepada kawannya itu jika dia pengsan jangan bawanya ke hospital. Bawa sahaja dia balik ke kampung kerana dia telah berjanji dengan ibunya untuk pulang beraya tahun ini. Saiful tidaklah percaya sangat dengan cerita karim itu, namun dia faham karim terlalu ingin pulang ke kampung berhari raya.

Berdiri juga bulu roma wadi mendengar cerita kawan serumah karim itu. Namun untuk tidak menghampakan hasrat kawannya itu wadi dan kawan sekampung yang lain membawa juga karim pulang ke kampung. Sepanjang perjalanan selama 8 jam itu memang karim kaku tidak bergerak. Risau juga wadi dan kawan-kawannya jika karim meninggal dan mereka disalahkan kerana tidak membawa karim segera ke hospital.

Karim termenung di tangga rumah mengenangkan peristiwa yang telah berlaku kepadanya. Sudah hampir sebulan peristiwa itu berlaku. Selepas karim di bawa pulang ke kampung memang keadaannya semakin parah. Badannya menggigil-gigil ketakutan namun matanya tetap terpejam bagai orang yang nyenyak tidur. Dia di bawa ke kota bharu berubat dengan 3 orang ustaz. Upacara perubatan itu dilakukan bersama-sama oleh 3 orang ustaz tersebut bagai melawan suatu kuasa yang kuat. Bumbung rumah yang setentang dengan tempat karim terbaring terkopek dan terbang bagai dirempuh suatu kuasa yang kuat. Mungkin gangguan yang mengganggu karim lari bertempiaran kerana tidak tahan diserang berterusan dengan ayat-ayat suci Al-Quran yang dibaca oleh 3 orang ustaz tersebut.

Karim langsung tidak sedar apa-apa sepanjang seminggu dia terlantar sakit itu. Namun apa yang dia ingat sewaktu sedang terlantar itu bayangan wajah ros muncul menangis kerana terpaksa berpisah dengannya. Kenangannya bekerja di KL dan berjumpa dengan ros tetap menjadi ingatannya sehingga hari ini. Selepas pulang ke kampung hari itu dia tidak lagi meneruskan kerjanya di KL. Saiful ada juga menyampaikan berita mengenai ros yang tidak lagi bekerja di kilang lamanya itu. Ros telah berpindah ke kilang lain dan mungkin akan menemui jejaka pilihan hatinya yang lain pula.

.:Tamat:.

kongsi link ke blog anda di sini