PaKaR-PaKaR BLoG

Kelas Tambahan [2]

"Abu tengok ahmad di sekolah pagi tadi murung lepas balik dari bilik guru. Penyakit kemurungan tidak boleh dibiarkan makcik..," Abu bagai meniru gaya seorang menteri lagaknya menerangkan risiko-risiko penyakit kemurungan panjang lebar kepada ibu ahmad di depan ibu dan ayahnya. Ibu dan ayahnya langsung tidak menghiraukannya walaupun tangannya kecilnya terangkat-angkat menunjukkan semangat membaranya dalam mengulas isu kemurungan yang dihadapi kawan seperjuangannya ahmad. "pengaruh tv la tu," bisik ibu kepada ayahnya sambil menjuih bibir kepada abu. Abu sendiri terkilan dengan sikap ibunya yang tidak pernah memahami bahawa kelancangan pidatonya bukan sekadar pengaruh tv atau peniruan aksi seorang menteri tetapi merupakan bakatnya yang semulajadi sejak dilahirkan lagi. Banyak la ko nyer bakat semulajadi. Jangan dilayan budak darjah 5 macam abu ni.



Ibu ahmad tidak peduli pun pasal kemurungan. lagi pula dia pun kurang faham istilah baru itu. tempurung kelapa dia tahu la. hatinya sangat resah taktala mengetahui berita anaknya tidak turun bermain bersama-sama abu petang tadi sedangkan dia yakin sangat ahmad memang keluar bermain petang tadi. "ke mana pula la anak aku pegi ni,"bisik hati seorang ibu mengenang anaknya hilang tiba-tiba. hati ibu mana yang tidak sebak kehilangan anak sedangkan seorang bapak berbulu pun boleh sebak time tgk cite mohabbaten lakonan ais waryarai dan saruk khan.

Malam itu penduduk bersama-sama mencari ahmad di seluruh pelusuk kampung. Heboh berita kehilangan ahmad di waktu kala maghrib itu. Lantas ada saja desas-desus beberapa penduduk menuduh ahmad disembunyikan hantu kopek yang bersarang di rimbunan pohon buluh tepi padang tempat permainan budak2 kampung tersebut. "Aku dah cakap da jangan bagi budak2 main kawasan tu,"bersungguh je pak mail tongkeng mengungkit larangannya kepada rakan2 selepak kedai kopinya sewaktu ketika dahulu. Pak mail yang memang gemar makan tongkeng ayam percik menyebabkan namanya femes sebagai pak mail tongkeng. Penduduk tidaklah hirau sangat pasal tuduhan pak mail itu. Bagi mereka jika usaha mencari ahmad tidak berjaya malam ini maka mereka akan segera melaporkannya ke balai polis.



Ahmad kesejukan terbaring di dalam gua bukit angin. Dia tekad untuk mengambil jalan melarikan diri sebagai jalan terbaik baginya untuk tidak menghadiri kelas tambahan cikgu azlina. Berjalan sejauh 5 kilometer dari rumahnya merentasi batas2 sawah menghijau menuju ke gua bukit angin langsung tidak memenatkan baginya berbanding menghadiri kelas tambahan tersebut. Dalam kesejukan itu ahmad terlena juga.

.:Gua angin tempat bermulanya kebangkitan Ahmad the lagend:.



Pagi menjelma, bunyi kicau burung dan cengkerik begitu damai sekali di tambah dengan hembusan angin pagi melolos masuk ke gua tempat ahmad tumpang berteduh. Air yang menitik dari atas gua jatuh memercik di atas batu lantas memberi tempias halus ke muka ahmad. Ahmad dengan terbaring kepenatan membuka matanya melihat titisan demi titisan air menitis ke atas batu gua yang keras. Terbentuk lekuk dalam pada batu tempat jatuhnya titisan air. Segera ahmad bangun dan melihat dengan lebih jelas kesan lekukan pada batu tersebut. Titisan air kecil itu tidak penah berputus asa menitis ke atas batu keras akhirnya berjaya menghasilkan lekuk sedemikian rupa. Lantaran itu ahmad akhirnya sedar bahawa usaha yang berterusan tanpa berputus asa akan memberikan kejayaan. Setelah mengucapkan terima kasih kepada titisan air ahmad melangkah pulang dengan jiwa yang baru.



Walaupun dirotan ibunya 3 kali dengan penyapu lidi selepas peristiwa itu, hari ini berkat sifat tidak berputus asanya ahmad berjaya menjadi penternak ikan laga yang berjaya. Walaupun cita-citanya untuk menjadi Menteri Pelajaran tidak kesampaian namun ahmad sempat bersalaman dengan YAB Menteri Pelajaran sewaktu YAB melawat dan membeli ikan di pusat ternakan ikan laganya. Walaupun beberapa kali ibunya menyuruh memberi free sahaja ikan tersebut kepada YAB namun ahmad tetap berkeras ingin menjualnya dengan harga 50 sen seekor kerana itu adalah falsafah hidupnya. .:Tamat:.

No comments:

kongsi link ke blog anda di sini