PaKaR-PaKaR BLoG

Kelas Tambahan [1]

"Ahmad, bangun da pukul bape ni."Ibu Ahmad mengejutkan Ahmad dari tidurnya. Sudah pukul 7 pagi. Ahmad dengan liat terpaksa bangun setelah dikejutkan ibunya beberapa kali. "Aduh, malasnya nak pegi skolah, kenapa la hidup mesti pegi skolah kan," gerutu ahmad dengan payahnya terpaksa bangun. Agaknya ramai lagi budak2 kat msia ni mcm ahmad ni kan. Setelah mandi dan bersarapan ahmad pergi ke sekolah. "Belajar rajin2, jangan main je,"pesan ibunya seperti biasa.

Begitulah rutin harian ahmad setiap hari. Ahmad baru darjah lima. Hatinya memang tiada untuk sekolah. Apa yang dia tahu main main dan bermain sahaja. Baginya menunggu waktu habis sekolah jam 12 seperti menunggu setahun lamanya. Sejak dari darjah satu cikgu dan ibu asyik memarahinya kerana bodoh dalam pelajaran. Memang ahmad akui dia memang bodoh. Dia sudah membaca tapi masih juga bodoh. "Sebab itu adalah lebih baik tidak belajar kerana sama saja belajar atau tidak aku tetap bodoh." nekad ahmad mempertahankan kata-katanya ini sebagai falsafah hidupnya. Sementara cita-citanya ingin menjadi Menteri Pelajaran (amboi cita-cita dia).

Ramai cikgu suka memarahinya. Kerja sekolahnya selalu tidak siap. Macamana nak siap aku tak pandai buat, bisik hati ahmad geram tiap kali cikgu memarahinya. Hanya Cikgu Abdullah saja yang baik dengannya. Sebab cikgu abdullah tidak pernah marah dengannya. Cikgu abdullah cakap tiada manusia dilahirkan bodoh. Semua manusia cerdik. Tapi akal budak darjah 5 macam ahmad mana la faham. "Kalau manusia semua cerdik kenapa aku belajar tak penah nak pandai,"bisik hati kecil ahmad. Walaupun tidak bersetuju dengan filosofi tersebut cikgu abdullah tetap cikgu feberet ahmad kerana tidak pernah memarahinya. Hanya kelas cikgu abdullah sahaja ahmad jadi ceria. Walaupun tidak siap keje sekolahnya cikgu abdullah hanya menegur dengan lembut. Begitulah sikap budak2 skarang, cikgu yg suka marah2 dibenci manakala cikgu yg lembut disukai.

Keputusan peperiksaan yang lepas cikgu umumkan dalam kelas. Macam biasa ahmad mendapat nombor paling corot. Langsung dia tak heran. Ada ku kesah, wallamak budak kecik darjah 5 da pandai cakap cenggini. Cikgu Azlina, guru kelas ahmad memanggilnya masuk ke bilik guru. "Cecita kat cikgu apa masalah ahmad,"tanya cikgu azlina yang sudah 4 kali melihat cerita hantu kakak limah. Cikgu azlina memang cikgu yg comel. Kecantikan matanya sudah mampu menggugurkan hati ramai jejaka. Tapi hati budak darjah 5 apa la dia tau, belum cukup umur lagi. Ahmad terkebil2 diam mendengar pertanyaan cikgu azlina. Mungkin tak faham agaknya dengan soalan cikgu azlina yang sangat abstrak itu. Abstrak tu apa benda plak. Aduh pening betul dengan ahmad ni. "Ahmad dengar tak cikgu tanya ni," sambung cikgu azlina setelah melihat raut wajah misteri ahmad. "Saya tak faham cikgu apa cikgu tanya," jawab ahmad terus terang bersahaja. "Ok cikgu nak tahu samada ahmad ada masalah apa sebab ahmad selalu mendapat markah yang teruk dalam peperiksaan. Semua subjek ahmad gagal. Kalau ahmad ada masalah bagitau cikgu kot2 cikgu boleh tolong."panjang lebar cikgu azlina menerangkan pada ahmad. Disebabkan panjang sangat ahmad menjadi pening juga. "saya tak pandai cikgu, saya tak faham cikgu ajar dalam kelas,"jawab ahmad setelah lama menganalisis soalan cikgu azlina. "baiklah kalau macam tu mulai hari ini selepas sekolah ahmad mesti datang bilik guru untuk kelas tambahan dengan cikgu,"cikgu azlina nekad agaknya menjadikan ahmad pelajar cemerlang tahun ni. Serta merta wajah ahmad berubah mendengar kelas tambahan selepas sekolah, sedangkan kelas biasa pun ahmad tidak larat nak masuk. "Mak tak bagi cikgu saya sekolah petang,"laju je ahmad memotong. Cepat pulak dia faham pasal kelas tambahan. "Nanti cikgu bincang dengan ibu ye."cikgu azlina kemudiannya menyuruh ahmad balik ke kelas.

Ahmad dalam usia darjah lima begitu terbeban dengan masalah kelas tambahannya lantas menjerumuskannya ke kancah penyakit kemurungan level kanak-kanak.(bukan gambar sebenar)
Ahmad merasa sangat gundah gulana sejak mendengar kelas tambahan cikgu azlina pagi tadi. Dia pulang ke rumah dengan hati yang sangat tensen. Macam jurutera yang baru dapat assignment sukar gayanya. Baru sahaja menjejak kaki depan pintu rumah ibunya terus mendapatkannya dengan gembira. Mak dapat adik baru ke apa ni. "Esok ahmad mula belajar kelas tambahan dengan cikgu azlina ye, cikgu dah bincang dengan mak. "bagitau ibunya gembira kerana cikgu azlina sanggup mengajar ahmad kelas tambahan secara percuma. Ibu mana tidak gembira ada orang mahu mendidik anaknya secara percuma. Yelah sekarang macam2 kena bayar bila anak masuk sekolah. Terbaru ni nak mintak pulak yuran bulanan untuk menyediakan makanan berkhasiat kepada para pelajar. Bagi keluarga berpendapatan ok la diaorang setuju konon nak membanteras kes obesiti. Macamana dengan keluarga miskin? Alamak lari tajuk lak. Hampir sahaja pitam ahmad mendengar berita 'gembira' ibunya itu. Kakinya terasa tidak memijak apa2, kebas la tu agaknya. Rasa macam kena semut2 gitu.

Disebabkan itu ahmad yang tidak cerdik itu dihinggapi satu penyakit baru pula iaitu kemurungan. Murung sahaja dia memikir masalah baru yang akan dihadapinya esok. Langsung hilang mood untuk bermain lumba lari dan memicit anai2 (mcm dah xde permainan lain) dengan abu rakan seperjuangannya petang itu.

Gempar berita kehilangan ahmad. Biasanya ahmad akan pulang selepas bermain dengan abu dan kawan2 yg lain dalam pukul 6.30 ptg. namun sekarang sudah pukul 7.30 mlm ahmad belum pulang2. "Dia xde petang tadi mak cik,"jawab abu ringkas padat apabila ibu ahmad berkunjung ke rumahnya bertanyakan ahmad. ibu ahmad mula merasa xsedap hati kerana petang tadi memang ahmad turun dari rumah macam biasa untuk pergi bermain dengan abu & the geng.

.:bersambung.:

No comments:

kongsi link ke blog anda di sini