PaKaR-PaKaR BLoG

Showing posts with label adik adam. Show all posts
Showing posts with label adik adam. Show all posts

Adik Adam Dan 2 Pilot


Suatu hari Adik Adam terbang menaiki helikopter bersama 2 juruterbang. Nasib tidak baik helikopter tersebut rosak dan terpaksa mendarat cemas di sebuah perkampungan orang asli. Bertambah malang mereka bertiga ditangkap orang asli kemudiannya di bawa mengadap ketua suku.

Mereka meminta ampun dari ketua suku dan meminta dibebaskan. Ketua Suku bersetuju dengan syarat mereka masing-masing pergi ke hutan dan membawa balik 10 biji buah. 

Juruterbang pertama sampai terlebih dahulu dan membawa 10 biji manggis. "Saya sudah bebas,"kata juruterbang pertama. "Belum! Masukkan kesemua manggis ini ke dalam duburmu dan jangan menjerit," jawab ketua suku. Dengan terpaksa dan ketakutan juruterbang itu memasukkan manggis ke dalam duburnya sehinggalah dia menjerit kesakitan pada manggis yang ke tiga lalu dia dipancung dan ditanam.

Juruterbang ke dua pula membawa 10 biji duku kecil. Dia tersenyum dan yakin dia mampu melakukannya. Selepas menerima arahan ketua suku, dia memasukkan dengan senangnya duku-duku tersebut sehinggalah duku ke lapan tiba-tiba dia ketawa terbahak-bahak lalu dipancung dan ditanam.

Sejurus tiba di alam lain itu ke dua juruterbang bertemu. "Kenapa kau ketawa? Tanya juruterbang pertama. Juruterbang ke dua masih lagi mengikik ketawa menjawab "Aku tengok budak sorang tu bawak balik buah durian." Lalu ke duanya ketawa dan menunggu Adik Adam tiba. Puas menunggu namun adik adam tidak muncul-muncul. 

Malamnya mereka muncul dalam mimpi Adik Adam dengan pelbagai kemuskilan. Juruterbang ke dua dengan pantas bertanya pada adik adam "Macamana ko buleh telepas ni?" Lalu adik adam menceritakan kisahnya.

Sewaktu menerima arahan daripada ketua suku aku bertanya "Bos, nak sumbat sekali dengan kulit ke, ke sumbat seulas-seulas? Ketua suku tertawa jahat kerana samada sebijik atau seulas pasti adik adam tidak dapat bertahan lalu menjerit kesakitan dan dipancung juga. "Baiklah sumbat seulas-seulas ke dalam duburmu.

Lalu adik adam meminta parang dan mengopek buah durian tersebut. Setelah dikopek kelihatan isi duriannya sangat cantik dan berbau harum. Dan isinya... perggg sedap gila!. Akhirnya mereka beramai-ramai menikmati durian tersebut dan pada malam harinya diadakan pesta joget-joget dan karaoke sempena meraikan Adik Adam yang berjaya menemui durian yang sedap.

Adik Adam Lawan Cikgu Ramlah


Satu hari waktu rehat sekolah Cikgu Ramlah tengok Adik Adam keseorangan dalam kelas. Lalu Cikgu Ramlah mendekatinya dan mengajak lawan teka-teki.

Cikgu Ramlah : Kalau adik adam tak dapat jawab teka-teki cikgu adik adam kena bagi cikgu 50 sen.

Adik Adam : Ok, tapi kalau cikgu tak dapat jawab teka-teki adik, cikgu kena bagi $100.

Cikgu Ramlah : Baik! Kenapa buah gajus bijinya diluar?

Adik Adam tidak dapat menjawab lalu memberi Cikgu Ramlah  50 sen.

Adik Adam : Giliran adik cikgu. Binatang apa bila hidup berkaki dua, bila mati berkaki empat?

Cikgu Ramlah terdiam tidak dapat menjawab dan dengan perlahan memberi adik adam $100.

Cikgu Ramlah : Jadi apa jawapannya?

Adik Adam segera menyeluk poket dan memberi Cikgu Ramlah  50 sen.

kongsi link ke blog anda di sini