PaKaR-PaKaR BLoG

Showing posts with label arkib poll. Show all posts
Showing posts with label arkib poll. Show all posts

Pelakon lelaki pilihan saya...


Poll pelakon lelaki pilihan saya dari 15-21/5/2011

Ari ni 24hb 5 dah korang da cek gaji masuk ke blum. ntah masuk ke tidak lagi. xpe mari kita layan keputusan poll ni dulu.

Ini adalah keputusan poll yg dipaparkan di ceritarakyat2u untuk tempoh 7 hari bermula 15hb hingga 21hb yg lepas. Ternyata gadis2 yg melawati blog aku ni memilih tanpa ragu-ragu dan segan pilu lagi dengan undian terbanyak (banyak la sgt ngeee) Pelakon Lelaki Pilihan Saya ialah Aaron Aziz! Bagi mereka2 yg memilih pelakon2 lain harap bersabar ye, taste kita lain2, lidah masing-masing jadi rasa kecapan pun lain2. wah3 hebat korang pakai lidah pilih lelaki.

Jadi ruangan arkib poll kali ini aku khaskan untuk jejaka mantap pilihan ramai bernama Aaron Aziz.

Fuuuu lemah jantung nengok :p

Aaron aziz adalah aktor kelahiran singapura. Dia bukan femes dalam bidang lakunan je tapi dalam variety program, hosting, commercial dan bidang modelling. Sebelum belakon kat drama tv malaysia, Aaron dah banyak blakon dalam drama tv singapore.

Abg Aaron bersama Akak Maya Karin dalam Filem Ombak Rindu

Suatu hari pertemuaannya dengan Erma Fatima yang menjadi juri di Pesta Perdana 2002 di singapura telah membuka rezekinya untuk belakon di dalam drama malaysia. Akhirnya pada tahun 2004 mula berlakon dalam drama tempatan arahan Erma Fatima iaitu Sumayyah. Masa ni belakon supporting je blum jadi lead lagi. Menerusi drama itu dia belum lagi menyerlah malah kehensemannya juga masih kurang. Aaron mula fames apabila badannya menjadi sasa. "dah lah hensem gila babi badan plak sasa mantap gitu..eee geramnyeee nak pluk, "kata seorang gadis sambil memeluk mesin basuh yang mahu nama dirahsiakan kerana malu takut abg aaron tahu.

Abg Aaron masa kulus2 dulu sebelum bertukar menjadi sasa dan mantap abis sehingga mencairkan ramai gadis2 tempatan menyebabkan berlakunya pertumpahan air yang banyak.

Selepas belakon sebagai supporting je dalam drama Sumayyah dan Haryati II arahan erma fatima siapa sangka hari ini rosyam nor sendiri menobatkan Aaron sebagai pelakon lelaki yang mampu menggantikan lagendanya. Antara lakonan aaron terkini yg mencairkan ramai gadis ialah nora elena tv3 yang diadaptasi dari novel Kasih Yang Suci.


Blakon watak gangster dalam Evolusi KL Drif. Cool gler!


Ini dia biodata Abg Aaron

Nama sebenar : Aaron Mustapha Bin Aziz (korang nak panggil abg mus pon boley)

Tarikh lahir : 23 Feb 1976

Umur: 35

Warga negara: Singapura

Status: Berkahwin

Isteri: Diyana

Anak: Danish dan Dwi serta anak ke 3.

Website pribadi: http://www.aaronaziz.com

Facebook : Aaron Aziz

...............................................................................................................................................................*
Mari kita tgk komen2 gadis terhadap Abg Aaron di sebuah laman web :

Muka bf sama macam Aaron


Muka dan mulut sama sebijik macam Aaron


Ex-bf sebijik sama macam Aaron, nak jugak siap letak nama penuh ex-bf


Muka sendiri sama macam Aaron, siap bg no phone :p

Anda membaca blog ini sambil..

Gambar kat atas adalah result daripada poll 'Anda membaca blog ini sambil...' yang telah dipaparkan di blog ini bermula 2/5/2011 hingga 8/5/2011.

Menonton MariMar dan Duduk merupakan 2 posisi ter'feymes' yang dilakukan oleh pengunjung2 blog ini.

MariMar adalah merupakan drama bersiri romantik philippines yang diadaptasi dari cerita asal MariMar 1994 iaitu telenovela Mexican TV dengan heroinnya Ariadna ThalĂ­a Sodi Miranda. Thalia merupakan seorang pelakon dan penyanyi mexico berwajah manis dan seksi.

Thalia (hot mexican singer and actress)

MariMar versi philippines bermula pada tahun 2007. Pemilihan heroin yang setanding dengan Thalia dipilih dikalangan artis-artis wanita terbaik philippines. Sudah tentu heroinnya perlu berwajah manis, cantik dan sexy setanding Thalia.

Artis yang berjaya memegang watak MariMar ialah Marian Rivera mengalahkan pencabar terdekatnya Jennylyn Mercedo. Mungkin sebab namanya dah bunyi2 mari kot. Apapun memang Marian memiliki semua kriteria setanding lagenda Thalia 1994 malahan berlebih-lebih plak seksinya.

Marian (sweet)
Marian (Hot)

Jennylyn Mercado yang dikatakan pencabar terdekat Marian dalam merebut role as Marimar.

Jennylyn Mercedo

kongsi link ke blog anda di sini