PaKaR-PaKaR BLoG

Siri Kisah Benar : Pengsan bila mau balik kampung [2]

(Karim termenung mengenang kisah lalu sambil membaca mesej2 dari Ros yang disimpannya)
(Gambar hiasan)


Wadi memanggil kawannya yang menunggu di luar rumah masuk ke bilik. Resah suara wadi menyebabkan kawannya dapat mengagak tentu karim pengsan lagi. Setibanya di bilik kelihatan wadi dan kawan serumah karim sedang menyapu air ke muka karim. "Baru tadi elok je, dia dengar kereta masuk rumah..lepas tu dia masuk bilik nak ambil beg pakaian..terus jadi macamni,"beritahu kawan serumah karim tercungap-cungap berdebar. kebetulan malam itu kawan serumahnya itu tidak bekerja.

"Aku rasa karim ni lain la,"tiba-tiba kawan wadi meluahkan perasaan tidak sedap hatinya. "Lain apa, ish kau ni buat aku takut la,"wadi segera memotong. Takut benar dia membayangkan karim terkena sihir atau gangguan makhluk halus. "Kita bawak je dia ke hospital," wadi memutuskan untuk membawa sahaja karim ke hospital kerana baginya kejadian kali ni sama sahaja kejadian tahun lepas. mungkin ada benarnya karim mengalami keletihan akibat kekurangan air dalam badan. apabila doktor memasukkan air ke dalam badan, karim serta merta pulih. pada wadi perkara ini tiada kaitan dengan ilmu hitam atau pun gangguan.

"Karim tak bagi bawak dia ke hospital,"tiba-tiba kawan serumah karim bersuara bagai menyimpan satu rahsia. Wadi dan kawannya memandang wajah kawan serumah karim itu dengan penuh tanda tanya. "Kenapa..,"wadi bertanya ringkas tapi raut wajahnya jelas takut untuk mendengar jawapannya. Lalu kawan serumah karim itu menceritakan semuanya.

Karim selalu menceritakan kisah antara dia dan ros kepada kawan serumahnya saiful. Jika keluar dating atau keluar makan bersama ros karim akan tetap memberitahu saiful. sekurang kurangnya ada seseorang yang tahu ke mana dia pergi. Suatu hari karim telah menceritakan bahawa ros pernah berkata tidak mahu berpisah dengannya. Ros tidak akan sesekali membenarkan karim pulang ke kampung. Walaupun ros mengucapnya sambil berseloroh karim merasa tidak sedap hati. Perasaan itu semakin menjadi-jadi sewaktu dia mengambil cuti rehat awal sehari untuk balik berhari raya. Sewaktu dia mengemas pakaian ke dalam beg dia seolah perasan ada bayangan wanita di sebelahnya.

Bayangan itu seperti bayangan ros yang kelihatan sangat marah kepadanya. Bayangan itu pernah muncul sewaktu dia mengemas pakaian untuk balik berhari raya pada tahun lepas. Lalu dia segera keluar dan mendapatkan saiful yang sedang menonton tv di ruang tamu. Dia menceritakan peristiwa yang berlaku dan berpesan kepada kawannya itu jika dia pengsan jangan bawanya ke hospital. Bawa sahaja dia balik ke kampung kerana dia telah berjanji dengan ibunya untuk pulang beraya tahun ini. Saiful tidaklah percaya sangat dengan cerita karim itu, namun dia faham karim terlalu ingin pulang ke kampung berhari raya.

Berdiri juga bulu roma wadi mendengar cerita kawan serumah karim itu. Namun untuk tidak menghampakan hasrat kawannya itu wadi dan kawan sekampung yang lain membawa juga karim pulang ke kampung. Sepanjang perjalanan selama 8 jam itu memang karim kaku tidak bergerak. Risau juga wadi dan kawan-kawannya jika karim meninggal dan mereka disalahkan kerana tidak membawa karim segera ke hospital.

Karim termenung di tangga rumah mengenangkan peristiwa yang telah berlaku kepadanya. Sudah hampir sebulan peristiwa itu berlaku. Selepas karim di bawa pulang ke kampung memang keadaannya semakin parah. Badannya menggigil-gigil ketakutan namun matanya tetap terpejam bagai orang yang nyenyak tidur. Dia di bawa ke kota bharu berubat dengan 3 orang ustaz. Upacara perubatan itu dilakukan bersama-sama oleh 3 orang ustaz tersebut bagai melawan suatu kuasa yang kuat. Bumbung rumah yang setentang dengan tempat karim terbaring terkopek dan terbang bagai dirempuh suatu kuasa yang kuat. Mungkin gangguan yang mengganggu karim lari bertempiaran kerana tidak tahan diserang berterusan dengan ayat-ayat suci Al-Quran yang dibaca oleh 3 orang ustaz tersebut.

Karim langsung tidak sedar apa-apa sepanjang seminggu dia terlantar sakit itu. Namun apa yang dia ingat sewaktu sedang terlantar itu bayangan wajah ros muncul menangis kerana terpaksa berpisah dengannya. Kenangannya bekerja di KL dan berjumpa dengan ros tetap menjadi ingatannya sehingga hari ini. Selepas pulang ke kampung hari itu dia tidak lagi meneruskan kerjanya di KL. Saiful ada juga menyampaikan berita mengenai ros yang tidak lagi bekerja di kilang lamanya itu. Ros telah berpindah ke kilang lain dan mungkin akan menemui jejaka pilihan hatinya yang lain pula.

.:Tamat:.

3 comments:

kongsi link ke blog anda di sini