PaKaR-PaKaR BLoG

Moral of the story

ceritakan moral cerita anda yang bermoral


Suatu hari cikgu ramlah meminta pelajar-pelajarnya menceritakan sebuah cerita kemudian menyatakan moral cerita tersebut.

Farah mengangkat tangan dan memulakan ceritanya : Satu malam selepas menyiapkan kerja sekolah saya ingin tidur. Saya menutup lampu dan terus duduk di atas katil. Saya terasa terduduk di atas sesuatu dan ianya patah. Saya membuka lampu dan melihat pembaris kartun kesayangan saya patah.

Cikgu bertanya apakah moralnya, farah menjawab : Moralnya kemaskan alat tulis sebelum tidur.

Lily pula mengangkat tangan dan bercerita : Satu malam saya memakan coklat dan selepas makan coklat saya terus tidur. Esoknya saya sakit gigi.

Cikgu bertanya apakah moralnya lily menjawab : Moralnya ayah cakap kena gosok gigi sebelum tidur.

Adik adam mahu juga bercerita : Bapak sedara saya seorang askar, suatu hari kapal terbang tentera yang dinaikinya ditembak musuh menyebabkan ia menjunam terhempas. Bapak sedara saya sempat terjun dan semasa terjun dia sempat mengambil pistol dan M16. Tanpa disangka bapak sedara saya terjatuh di tengah-tengah kawasan musuh seramai 70 orang. Bapak sedara saya menembak mati 50 puluh musuh dengan M16 sehingga kehabisan peluru. 10 lagi musuh ditembak mati dengan pistol namun ia juga kehabisan peluru. Lalu bapak sedara saya membunuh 10 lagi musuh hanya dengan tangan kosong.

Cikgu ramlah meneguk air liur mendengar cerita adik adam. Lalu bertanya apakah kemungkinan moral ceritanya.

Adik adam menjawab : Jangan sesiapa main-main dengan saya, nanti saya report bapak sedara saya.

No comments:

kongsi link ke blog anda di sini