PaKaR-PaKaR BLoG

Kenapa gajus biji di luar?

Buah Gajus yg istimewa dengan bijinya diluar.
Nick name : cashew/ cashew nut (english), janggus (utara), tere/ketereh (kelantan),
jambu gajus (temerloh pahang).


"Buah apa biji kat luar?" camtulah mula-mulanya pertanyaan bos aku sewaktu menceritakan kepada aku kisah asal usul kenapa biji buah gajus di luar. Kami lepak depan sungai kuantan pada waktu tu. suasana petang yg reduh di tambah angin bertiup buat aku rasa sangat best melepak di situ. Tulisan 'KUANTAN' yang besar di seberang sungai membuatkan aku terfikir betapa besarnya tulisan tu kalau aku duduk di bawahnya. terasa juga ingin pergi dekat dengan tulisan tu. Aku berumur 20 tahun, masih muda bergetah dan bekerja sebagai setiausaha di sebuah syarikat ternama di Kuala Lumpur.

Satu hari aku diarahkan mengikut bos aku ke kuantan untuk satu mesyuarat. Bos aku dah berumur dah, rambut da beruban mungkin dalam 45 kot umo dia. Bos aku ajak aku pegi awal sehari aku pun xtaw la nape. Aku ikut je la. Kami sampai kuantan dalam pukul 4 petang. Kami terus mencari hotel untuk check in. Bos aku mengajak aku check in sebilik dengannya, tapi aku menolak dengan pelbagai alasan. Eeee tak nak la aku huk3. Jadi kami check in 2 bilik. Sedang aku membuli-buli tilam empuk dalam bilik aku tetiba bos telefon ajak aku kuar lepak. Emm kebetulan aku boring sangat time tu jadi aku ikut je. Kami pergi minum dan lepas tu kami melepak di tepi sungai kuantan.


"Buah gajus!" cepat je aku jawab pertanyaan bos aku sambil tersenyum bangga. ekk eleeh soklan budak2 camtu nak tanya org apa la orang tua ni. Bos aku tersenyum sambil memandang aku lama. Entah apa dia pandang xtaw la, xleh pecaya org tua ni. Pastu dia pandang jauh ke depan sambil menyedut asap rokok. Asap rokoknya dia hembus tenang ke udara. Asap tu segera diterpa angin dan berpintal-pintal lenyap dalam udara.

"Lin tahu nape buah gajus biji dia kat luar?"sambung bos aku menyebabkan senyuman bangga aku lesap tiba2. Alamak mana la aku tahu, xpena dengar lagi soklan camni kat skola dulu. "Nape, dulu biji dia kat dalam ke?"aku yang dah xreti nak jawab lantas memutar belitkan soalan dengan memberi soalan pula. "Tak tahu ke?"bos aku tanya lagi. "Tak tahu, bos cite la nape,"jawab aku sambil memicit mati seekor semut yang bermain2 di betis gebu aku. Lalu aku gesel2kan mayat semut itu di betis aku menyebabkan ia mati dengan kecederaan parah.

"Citer ni dah lama berlaku zaman dulu". Bos aku mula cerita. Best gak dengar citer petang2 gitu. Masa tu buah gajus biji dia kat dalam lagi macam buah2 tempatan lain. Ye la buah2 kat malaysia kan biji sume kat dalam. Satu hari sekor singa lapar, dia kluar cari makan. Cari punya cari tetiba dia ternampak sekor rusa sedang berada bawah pokok gajus. Rusa tu tengah cuba nak makan buah gajus yg tergantung. Buah gajus tu agak tinggi menyebabkan rusa tu terkial2 mulut dia nak capai buah tu.

Singa tu hepi giler tgk mangsa ada kat depan mata. Lalu singa tu pelan2 menghampiri rusa tu untuk menangkapnya. Tiba2 singa tu terpijak ranting menyebabkan dia kantoi dan rusa pun menyedari ada musuh nak tangkap dia. Rusa tu tak takut pun tgk singa tu, rusa tu mengaum kuat mengeluarkan suara sekor harimau yang garang. Singa tu terkejut lalu melarikan diri.

Bila dah rasa jauh singa tu berenti kepenatan. Celaka kau rusa camne kau boleh mengaum bunyi rimau plak. Singa tak puas hati. Dia bengang betul ngan rusa tu. Ada ke raja rimba lari terkucil kena sergah dengan rusa. Lalu singa mencari sahabat dia beruang. Dia mengajak beruang sama2 pergi dekat rusa tadi. Bila singa cerita dekat bruang bahawa rusa boleh mengaum bunyi harimau, bruang juga rasa kecut perut. bruang takut juga kalau pegi nanti tiba2 singa lari tinggal dia sorang2 bila di jerkah oleh rusa hebat tu.

Disebabkan takut singa lari, bruang mengikat ekor singa tu di ekornya. lalu mereka pun pergi la tempat rusa tadi. Rusa tadi ada lagi tengah melompat2 nak makan buah gajus tak dapat-dapat. Dengan body tegap berjalan dua2 ekor tadi mendekati rusa tu. Rusa yg tengah bengang dengan buah gajus tu tiba-tiba tersedar singa dan bruang mendekatinya. Lalu rusa tu mengaum dengan kuat seperti suara rimau gagah pekasa. Singa dan bruang sangat takut dan segera memecut lari lintang pukang. Terputus ekor singa dan bruang tu. Buah gajus yang tengok kejadian tu sangat terkejut sehingga terkeluar bijinya. Begitulah ceritanya. Ntah apa2 la citer bos aku. Malas aku nak layan. Kalau korang nak pecaya citer bos aku ni ikut korang la. Ntah biji apa ntah dia maksudkan tu. Xleh caye org tua ni.

4 comments:

ururu said...

ahaha! cam p***** cerita nih. hamende la. nih betul ke rekaan nih?

fazlynaa said...

cerita dongeng dari org tua hehe.

din JB said...

tekejut smpai terkeluar biji hhaha mmg lucah bos ko tu.

lai lai ssg said...

siyot,.,.dan aku pon da bce smpai abes cte ni.,.,ngee.,ape2 pon,.,layannn,.,

kongsi link ke blog anda di sini