PaKaR-PaKaR BLoG

Garters (stokin panjang)

Garters

Seorang pensyarah perempuan muda sedang memberi tugasan kepada pelajar-pelajarnya. Tugasan tersebut panjang maka dia pun mula menulisnya di papan putih.

Tiba-tiba kedengaran seorang pelajar lelaki mengikik ketawa perlahan.

Dengan cepat pensyarah itu berpaling dan bertanya : Apa yang lucu sangat Kamal?

Kamal : Saya ternampak sebelah garter Cik.

Pensyarah (teriak) : Keluar dari kelas saya, saya tak mahu tengok muka kamu 3 hari.

Pensyarah itu menyambung semula kerjanya, disebabkan terlupa menulis tajuk tugasan dia terpaksa berjinjing untuk menulisnya.

Tiba-tiba seorang pelajar lelaki mengikik dengan lebih kuat. Pensyarah itu berpaling dengan cepatnya bertanya : Apa yang lucu sangat ni Karim?

Karim : Saya ternampak ke dua-dua belah garter Cik.

Pensyarah (sangat marah) : Berambus dari kelas saya. Saya tak mahu tengok kamu 3 minggu.

Oleh kerana terlalu marah dan malu, pensyarah itu terjatuh pemadam ketika berpaling badannya ke papan putih. Dia lalu membongkok untuk mengambilnya.

Kali ini kedengaran seorang pelajar lelaki ketawa dengan kuatnya tidak tertahan. Pensyarah itu berpaling dan melihat Adik Adam meluru keluar dari kelas.

Pensyarah : Kamu hendak ke mana Adam?

Adik Adam : Berdasarkan apa yang saya ternampak, saya rasa saya digantung satu semester.

No comments:

kongsi link ke blog anda di sini