Teringat aku suatu kisah yg sampai hari ini aku tak boleh lupakan. Peristiwa semasa umurku 5 tahun. Kini aku berumur 45 tahun, sudah mempunyai keluarga aku sendiri. Suatu hari bonda aku membeli sebiji tembikai. Aku lihat dengan mata aku sendiri mak aku sory..bonda aku membimbit tembikai itu ke dapur kemudian meletaknya ke dalam peti ais Toshiba di rumahku.
Kucing aku bernama bubu mengiringi bonda aku dari pintu depan umah ke dapur mengiau-ngiau kerana menyangka bonda aku membimbit ikan. Entah kenapa ketika ibu..sory ketika bonda aku ingin menutup pintu peti tiba-tiba peti itu tidak dapat ditutup. Rupa-rupanya tembikai tadi tidak muat untuk diletak di dalam peti. Aku memerhati dari jauh bonda aku cuba menyusun barang-barang dalam peti supaya tembikai yang baru dibeli itu boleh disimpan. Susah juga aku tgk bonda aku berhempas pulas utk meletakkan tembikai tersebut. Thunder Cat ooooo...bunyi musik cerita katun thunder cat yg aku tunggu dari tadi dah mula tiba-tiba membuatkan pandangan aku yg dari tadi ralit melihat bonda aku dan tembikainya teralih ke televisyen.
Seronok betul aku dapat tgk pedang thunder cat yang boleh memendek dan memanjang tu. Kemudian aku mengalihkan kembali pandangan aku kepada bonda aku. Terkejut aku melihat bonda aku sedang memasak. Macamana dengan tembikai tadi? Tadi bukan main susah payah bonda aku hendak memasukkannya ke dalam peti tiba-tiba dalam sekelip mata sahaja bonda aku dah dapat masukkannya dan sekelip mata juga bonda sedang memasak pula. Aku menjadi tertanya-tanya dan merasa hairan. Ke bukan bonda aku ni. Aku melihat jam di dinding, pukul 11 pagi. Biasa bonda keluar ke pasar jam 10 pagi dan balik dalam 11.30 pagi.
Dengan tidak semena-mena bulu roma aku meremang. "Bonda..," aku cuba menguji adakah benar org yg sedang memasak itu adalah bonda aku atau tidak. "Kenapa seful dah lapar ke, jap la bonda masak ni," aaah lega aku kalau bukan bonda aku mesti dia diam tak bercakap apa-apa. Abg seman jiran sebelah umah aku penah cerita hantu tak boleh bercakap.
Aku suka dengar cerita hantu dari abg seman, abg seman sudah darjah 3 sebab itu dia banyak cerita hantu yang dia dapat dari kawan-kawan sekolahnya. "Macamana bonda masukkan tembikai tadi? Tunjuk la smula seful xsempat tgk td." Bonda aku melangkah ke peti ais lalu membukanya dan mengambil 3 biji lada kemudian dihirisnya dan dimasukkan ke dalam kuali. Laaa ingatkan nak tunjuk cara memasukkan tembikai tadi. A'ah yee baru terlintas aku tak nampak pun tembikai tadi dalam peti semasa bonda membukanya. Pelik tu. Dengan penuh tanda tanya aku pergi sendiri membuka peti ais. Eh..ada je tembikai tu kat bawah sekali mungkin aku tak nampak tadi.
Aku mengambil sebijik sumi dan menutup kembali peti ais. Terkejut aku sewaktu menutup peti kerana di belakang pintunya berdiri satu lembaga hitam dengan gigi menyeringai. Tiba-tiba lembaga itu ketawa berdekeh-dekeh yang rupanya abg seman menyakat aku. Abg seman datang nak menonton thunder cat bersama aku. Nasib baik seful tak tumbuk tadi kata aku marah kepada abg seman. Ye la tu nak tumbuk, aku nampak mcm nak lari je takut ketawa abg seman lagi. Bonda aku tersenyum je melihat telatah kami berdua lalu bonda menyuruhku memberi sumi juga kepada abg seman.
Setelah memberi sumi kepada abg seman kami pun pergi menonton thunder cat meninggalkan bonda memasak di dapur. Kerana disakat abg seman dan asyik dengan cerita thunder cat aku telupa utk menyiasat bagaimana bonda dapat memasukkan tembikai ke dalam peti tadi sehinggalah ke malam hari. Sewaktu makan malam ayah mengambil tembikai dalam peti ais barulah aku teringat kembali. Ayah mengambil pisau lalu membelah tembikai dan kami sekeluarga menikmati keenakan buah tembikai dengan bahagia. Sehinggalah hari ini aku tidak dapat melupakannya, terima kasih ayah kerana membelah tembikai untuk saya.
Terima kasih sudi membaca.
No comments:
Post a Comment