PaKaR-PaKaR BLoG

Register, share dan dapat duit

dapat duit bila share. klik link kat bawah ye.

How does getting rewarded through sharing sounds like to you? Join #ChurpChurp today and bring more friends to the community!

mari kita sama2 try :)

Ibu muda seksi menyusu dalam bas

Breastfeeding is good


Adik adam satu hari menaiki bas dan duduk di sebelah seorang ibu muda dan seksi. Ibu muda itu sedang ingin menyusu anaknya namun anaknya menolak.

"Cepat minum, kalau adik taknak minum mama bagi abg sebelah minum,"si ibu memujuk anaknya. 10 minit berlalu namun anaknya masih juga tidak mahu minum.

"Kalau adik taknak minum mama bagi betul kat abg sebelah ni,"pujuk si ibu lagi.

Adik adam yang dari tadi nampak gelisah lalu berkata "Akak tolong buat keputusan cepat, saya sudah mahu turun lagi 2 simpang di hadapan.



Fakta lelaki dan wanita

Hanyalah gurauan..


Ada pendapat kelamin wanita itu ibarat syurga dan kelamin lelaki itu ibarat setan. Lalu bagaimana setan itu boleh masuk dan keluar syurga sesuka hati.

Filem-filem yang sering sama jalan ceritanya ialah filem blue.

Apa itu puisi dan apa itu pidato? Apa yg diucap oleh kekasihmu itu adalah puisi dan apa yang diucap oleh isterimu itu pidato.

Impian lelaki selepas berkahwin : Mempunyai teman wanita dan melakukan perkara seperti yang dicurigai oleh isterinya.

Lelaki yang baik ada di setiap sudut di bumi ini. Tapi sayang bumi ini bulat, der.

Empat syarat isteri pilihan : 1. Dia mesti cantik 2. Dia mesti sedap masak 3. Dia mesti hormati suami 4. Diorang jangan sampai bertemu antara satu sama lain.

Bakat ialah kemampuan anda memuaskan nafsu 5 org wanita berusia 70 tahun. Bijak adalah memilih untuk tidak melakukan perkara bangang seperti itu.

Kambing hitam dan kambing putih, apa bezanya?

Kalau anda seekor kambing pasti anda jatuh hati dgn senyuman kambing pakcik mail.


Sebuah bual bicara yang tidak disiarkan. Satu hari selebriti popular Majalah 3, Nurul Syuhada dtg ke kandang kambing pakcik mail tongkeng untuk bual bicara mengenai ternakan kambingnya.

Nurul : Pakcik mail boleh saya tanya beberapa soalan?

Pakcik mail : Boleh, sila2.

Nurul : Kambing pakcik semua sihat2 ye, pakcik bagi makan apa?

Pakcik mail : Kambing mana? Yang hitam ke putih?

Nurul : Emmm..yang hitam dulu.

Pakcik mail : Ooo yang hitam pakcik bagi makan rumput je.

Nurul : Yeke, abis yang putih plak?

Pakcik mail : yang putih pun sama.

Nurul : Banyak tak diaorang makan rumput pakcik, bape kilo sehari?

Pakcik mail : Yang mana dulu ni? Yang hitam ke putih?

Nurul : Ok yang hitam dulu.

Pakcik mail : Kalau yg hitam xde la banyak dia makan, dalam 2 kilo camtu.

Nurul : Yang putih plak..

Pakcik mail : yang putih pun sama.

Nurul da macam bengang sikit : Banyak tak pakcik kambing2 ni hasilkan bulu dlm setahun?

Pakcik mail : Bulu yg mana dulu? Yg kambing hitam ke putih?

Nurul (sabar) : Yang hitam.

Pakcik mail : Yang hitam ni bagus, bulu cepat tumbuh, banyak la jugak dalam 5 kilo.

Nurul : Yang putih ?

Pakcik mail : yang putih pun sama.

Nurul (marah) : Kenapa nak bezakan kambing hitam dan putih kalau dah jawapan sama je!?

Pakcik mail : Maafkan pakcik, sebenarnya yang kambing hitam ni pakcik yang punya.

Nurul (kemarahan reda) : laaa patut la, abis yang putih?

Pakcik mail : yang putih pun sama.

Nurul : :'(


Nakal dalam bas

untuk tempahan tiket online - http://www.transnasional.com.my


Suatu hari adik adam menaiki bas Melaka-KL. Mama yang menghantar adik adam ke melaka sentral berpesan kepada pemandu "Adik tengok-tengokkan anak akak ye, nanti sampai Seremban bagitau dia ye." Sepanjang perjalanan ternyata adik adam sangat nakal dan tidak senang duduk. Sekejap-sekejap dia bertanya pada penumpang dan abg pemandu "Dah sampai seremban belum?" Pakcik mail tongkeng salah seorang penumpang yang sudah beberapa kali menjawab pertanyaan adik adam menjawab "Belum adik, adik tidur je jangan risau nanti pakcik pasti kejutkan."

Tapi ternyata adik adam belum berpuas hati, dia pergi mendapatkan abang pemandu dan bertanya lagi "Abang, dah sampai seremban belum?" Abang pemandu yang sudah kepenatan dengan pertanyaan adik adam menjawab "Belum! Tidur la dulu, abang janji akan kejutkan adik. Abang janji. Jangan risau, pegi tidur."

Selepas itu adik adam tidak bertanya lagi, dia tidur dengan nyenyaknya. Terasa aman sekali suasana dalam bas bila dia tidur. Kerana itu semua orang termasuk abang pemandu terlupa tentang adik adam, tiada seorang pun mengejutkannya walaupun bas telah melepasi seremban. Malah sehingga bangi dan seterusnya sampai di tol sungai besi adik adam masih tidur tidak dikejutkan.

Selepas membayar tol itulah baru abg pemandu tersedar dia terlupa mengejutkan adik adam. Lalu dia bertanya kepada para penumpang "Camne ni pakcik makcik, kita kena patah balik seremban ni hantar budak ni." Para penumpang pun turut merasa bersalah lebih-lebih lagi pakcik mail tongkeng. Mereka bersetuju menghantar adik adam semula ke seremban.

Abang pemandu pun membawa bas berpatah balik ke seremban. Jauh juga hendak patah balik ke seremban. Apabila sampai di seremban dengan bangganya mereka bersama-sama mengejutkan adik adam sambil merahsiakan kejadian sebenar. "Adik, bas dah sampai seremban. Cepat bangun." Adik adam segera bangun dengan gembira. "Ooo dah sampai ye." Dengan cepatnya adik adam membuka beg galasnya dan mengeluarkan kotak KFCnya.

Semua orang kehairanan. "Adik bukan nak turun seremban ke?"tanya pak cik mail segera. "Tak la saya mau ke KL lepak rumah abg long. Mama pesan bila dah sampai seremban baru saya boley makan bekal ayam KFC ni."


Motivasi pagi sabtu


"Tiada pekerjaan yang berat di dunia ini. Seberat mana pun sesuatu pekerjaan itu akan terasa ringan apabila tidak dikerjakan."

"Kegagalan semalam bukan alasan untuk menyerah kalah. Teruskan mencipta kegagalan demi kegagalan sehingga ianya benar-benar gagal dan ibubapa anda menyerah kalah."

"Mulakan kerja dari yang mudah dan ringan, kerja yang rumit dan berat akan ada orang lain yang membuatnya."

"8 jam waktu bekerja bukanlah lama jika anda tidur sewaktu bekerja."

Taik idung bagus untuk kesihatan?

(13KI) - Artikel adalah kategori korek idung, hanya mereka yang berumur 13 ke atas saje boley baca.


Dr. Friedrich Bischinger seorang doktor Austria mengatakan aktiviti mengorek idung dengan jari dan memakannya adalah satu aktiviti yang sihat. Alasannya jari adalah objek lembut yang mampu membersihkan taik2 idung jauh ke dalam lubang idung berbanding tuala dan objek lain. Sementara itu taik idung mengandungi bakteria baik yang bagus untuk ditelan semula.


Korek..


Korek lagi..


Lagi....


Nah! setelah ia dikumpulkan



Ya, anda sekarang sedang melakukan perkara yang betul. Teruskan.

The power of photoshop

Aku dapat kat satu forum. Saje letak sini sebagai hiburan & koleksi gambar2 dalam blog ni. Layannnn...zassssss







Ayah Membelah Tembikai Dalam Kenangan


Teringat aku suatu kisah yg sampai hari ini aku tak boleh lupakan. Peristiwa semasa umurku 5 tahun. Kini aku berumur 45 tahun, sudah mempunyai keluarga aku sendiri. Suatu hari bonda aku membeli sebiji tembikai. Aku lihat dengan mata aku sendiri mak aku sory..bonda aku membimbit tembikai itu ke dapur kemudian meletaknya ke dalam peti ais Toshiba di rumahku.

Kucing aku bernama bubu mengiringi bonda aku dari pintu depan umah ke dapur mengiau-ngiau kerana menyangka bonda aku membimbit ikan. Entah kenapa ketika ibu..sory ketika bonda aku ingin menutup pintu peti tiba-tiba peti itu tidak dapat ditutup. Rupa-rupanya tembikai tadi tidak muat untuk diletak di dalam peti. Aku memerhati dari jauh bonda aku cuba menyusun barang-barang dalam peti supaya tembikai yang baru dibeli itu boleh disimpan. Susah juga aku tgk bonda aku berhempas pulas utk meletakkan tembikai tersebut. Thunder Cat ooooo...bunyi musik cerita katun thunder cat yg aku tunggu dari tadi dah mula tiba-tiba membuatkan pandangan aku yg dari tadi ralit melihat bonda aku dan tembikainya teralih ke televisyen.

Seronok betul aku dapat tgk pedang thunder cat yang boleh memendek dan memanjang tu. Kemudian aku mengalihkan kembali pandangan aku kepada bonda aku. Terkejut aku melihat bonda aku sedang memasak. Macamana dengan tembikai tadi? Tadi bukan main susah payah bonda aku hendak memasukkannya ke dalam peti tiba-tiba dalam sekelip mata sahaja bonda aku dah dapat masukkannya dan sekelip mata juga bonda sedang memasak pula. Aku menjadi tertanya-tanya dan merasa hairan. Ke bukan bonda aku ni. Aku melihat jam di dinding, pukul 11 pagi. Biasa bonda keluar ke pasar jam 10 pagi dan balik dalam 11.30 pagi.

Dengan tidak semena-mena bulu roma aku meremang. "Bonda..," aku cuba menguji adakah benar org yg sedang memasak itu adalah bonda aku atau tidak. "Kenapa seful dah lapar ke, jap la bonda masak ni," aaah lega aku kalau bukan bonda aku mesti dia diam tak bercakap apa-apa. Abg seman jiran sebelah umah aku penah cerita hantu tak boleh bercakap.

Aku suka dengar cerita hantu dari abg seman, abg seman sudah darjah 3 sebab itu dia banyak cerita hantu yang dia dapat dari kawan-kawan sekolahnya. "Macamana bonda masukkan tembikai tadi? Tunjuk la smula seful xsempat tgk td." Bonda aku melangkah ke peti ais lalu membukanya dan mengambil 3 biji lada kemudian dihirisnya dan dimasukkan ke dalam kuali. Laaa ingatkan nak tunjuk cara memasukkan tembikai tadi. A'ah yee baru terlintas aku tak nampak pun tembikai tadi dalam peti semasa bonda membukanya. Pelik tu. Dengan penuh tanda tanya aku pergi sendiri membuka peti ais. Eh..ada je tembikai tu kat bawah sekali mungkin aku tak nampak tadi.

Aku mengambil sebijik sumi dan menutup kembali peti ais. Terkejut aku sewaktu menutup peti kerana di belakang pintunya berdiri satu lembaga hitam dengan gigi menyeringai. Tiba-tiba lembaga itu ketawa berdekeh-dekeh yang rupanya abg seman menyakat aku. Abg seman datang nak menonton thunder cat bersama aku. Nasib baik seful tak tumbuk tadi kata aku marah kepada abg seman. Ye la tu nak tumbuk, aku nampak mcm nak lari je takut ketawa abg seman lagi. Bonda aku tersenyum je melihat telatah kami berdua lalu bonda menyuruhku memberi sumi juga kepada abg seman.

Setelah memberi sumi kepada abg seman kami pun pergi menonton thunder cat meninggalkan bonda memasak di dapur. Kerana disakat abg seman dan asyik dengan cerita thunder cat aku telupa utk menyiasat bagaimana bonda dapat memasukkan tembikai ke dalam peti tadi sehinggalah ke malam hari. Sewaktu makan malam ayah mengambil tembikai dalam peti ais barulah aku teringat kembali. Ayah mengambil pisau lalu membelah tembikai dan kami sekeluarga menikmati keenakan buah tembikai dengan bahagia. Sehinggalah hari ini aku tidak dapat melupakannya, terima kasih ayah kerana membelah tembikai untuk saya.

Terima kasih sudi membaca.

Pelakon lelaki pilihan saya...


Poll pelakon lelaki pilihan saya dari 15-21/5/2011

Ari ni 24hb 5 dah korang da cek gaji masuk ke blum. ntah masuk ke tidak lagi. xpe mari kita layan keputusan poll ni dulu.

Ini adalah keputusan poll yg dipaparkan di ceritarakyat2u untuk tempoh 7 hari bermula 15hb hingga 21hb yg lepas. Ternyata gadis2 yg melawati blog aku ni memilih tanpa ragu-ragu dan segan pilu lagi dengan undian terbanyak (banyak la sgt ngeee) Pelakon Lelaki Pilihan Saya ialah Aaron Aziz! Bagi mereka2 yg memilih pelakon2 lain harap bersabar ye, taste kita lain2, lidah masing-masing jadi rasa kecapan pun lain2. wah3 hebat korang pakai lidah pilih lelaki.

Jadi ruangan arkib poll kali ini aku khaskan untuk jejaka mantap pilihan ramai bernama Aaron Aziz.

Fuuuu lemah jantung nengok :p

Aaron aziz adalah aktor kelahiran singapura. Dia bukan femes dalam bidang lakunan je tapi dalam variety program, hosting, commercial dan bidang modelling. Sebelum belakon kat drama tv malaysia, Aaron dah banyak blakon dalam drama tv singapore.

Abg Aaron bersama Akak Maya Karin dalam Filem Ombak Rindu

Suatu hari pertemuaannya dengan Erma Fatima yang menjadi juri di Pesta Perdana 2002 di singapura telah membuka rezekinya untuk belakon di dalam drama malaysia. Akhirnya pada tahun 2004 mula berlakon dalam drama tempatan arahan Erma Fatima iaitu Sumayyah. Masa ni belakon supporting je blum jadi lead lagi. Menerusi drama itu dia belum lagi menyerlah malah kehensemannya juga masih kurang. Aaron mula fames apabila badannya menjadi sasa. "dah lah hensem gila babi badan plak sasa mantap gitu..eee geramnyeee nak pluk, "kata seorang gadis sambil memeluk mesin basuh yang mahu nama dirahsiakan kerana malu takut abg aaron tahu.

Abg Aaron masa kulus2 dulu sebelum bertukar menjadi sasa dan mantap abis sehingga mencairkan ramai gadis2 tempatan menyebabkan berlakunya pertumpahan air yang banyak.

Selepas belakon sebagai supporting je dalam drama Sumayyah dan Haryati II arahan erma fatima siapa sangka hari ini rosyam nor sendiri menobatkan Aaron sebagai pelakon lelaki yang mampu menggantikan lagendanya. Antara lakonan aaron terkini yg mencairkan ramai gadis ialah nora elena tv3 yang diadaptasi dari novel Kasih Yang Suci.


Blakon watak gangster dalam Evolusi KL Drif. Cool gler!


Ini dia biodata Abg Aaron

Nama sebenar : Aaron Mustapha Bin Aziz (korang nak panggil abg mus pon boley)

Tarikh lahir : 23 Feb 1976

Umur: 35

Warga negara: Singapura

Status: Berkahwin

Isteri: Diyana

Anak: Danish dan Dwi serta anak ke 3.

Website pribadi: http://www.aaronaziz.com

Facebook : Aaron Aziz

...............................................................................................................................................................*
Mari kita tgk komen2 gadis terhadap Abg Aaron di sebuah laman web :

Muka bf sama macam Aaron


Muka dan mulut sama sebijik macam Aaron


Ex-bf sebijik sama macam Aaron, nak jugak siap letak nama penuh ex-bf


Muka sendiri sama macam Aaron, siap bg no phone :p

Waris superman masih ada

Superman seorang superhero yang telah banyak berjasa kepada dunia eropah suatu ketika dahulu. Selepas kematiannya tiada lagi waris yang boleh menggantikannya. Kini gempar cucunya telah menemui rahsia terbang peninggalan superman!


Cucu superman menghafal langkah2 terbang peninggalan atuknya sebelum membuat penerbangan kali pertama.

Karate bangang

Takut jadi mangsa ragut dan jenayah? Ingin merampas semula ex-boypren anda? Harga minyak naik lagi?

Jom belajar karate dengan kami!!

Amaran : Demonstrasi ini dilakukan oleh pakar. Jangan buat kat rumah.


Selamat membaca dan mengkomen ^^

Mia Sara

Adik Mia Sara mengesahkan dia bukan ibu kepada adik adam


Kerana menyangka tuan rumah tiada seorang pencuri memasuki sebuah rumah namun didapati ada seorang ibu dan anaknya berada di dalam bilik tidur.

"Sape nama kau?" pencuri itu bertanya sambil mengacukan pisau kepada si ibu.

"Mm..mia sara,"jawab si ibu ketakutan.

"Kau beruntung sebab aku tidak mungkin membunuh orang bernama Mia Sara kerana itu nama ibu kesayangan aku," kata si pencuri lalu menoleh kepada si anak. "Budak! kau sape nama?"

"Nama saya adik adam," adik adam menjawab. "Tapi kawan-kawan panggil saya Mia Sara."


Analisis Umur Wanita

Kakak yang adik adam analisis

Seorang wanita telah melakukan pembedahan plastik menegangkan muka dan payudaranya dengan pakar pembedahan yang terkenal.

Suatu hari dia membeli goreng pisang di kedai pak mail tokeng. Sewaktu membayarnya dia bertanya : "Agak2 pakcik bape umo saya?. Pak mail melihat atas dan bawah lalu menjawab :"Dalam 30 pak cik rasa.". Wanita itu membalas dengan hati bangga dan gembira:"Saya sebenarnya dah 38 pakcik."

Kemudian selepas itu wanita tersebut pergi membeli tiket wayang citer Nur Kasih. Ramai sangat orang jadi dia terpaksa beratur panjang untuk membelinya. Sedang beratur itu di depannya ada seorang mak cik. Wanita itu bertanya hal yang sama kepada makcik itu :"Agak2 makcik umo saya bape?" Makcik peminat citer Nur Kasih menjawab :"Makcik rasa umur kamu 25 tahun,kan?” Wanita itu semakin gembira:"Huk3 xde la makcik umur saya dah 38."

Selepas membeli tiket wanita tersebut pergi ke tempat parking keretanya sebab masuk pawagam lambat lagi. Kelihatan adik adam sedang bermain-main di tempat parking itu. Lalu wanita tersebut mendapatkan adik adam dan bertanya : "Adik tengok akak umo bape? Kalau adik betul akak bagi $100."

Adik adam : Saya boleh meneka umo kakak kalau kakak bagi saya tengok payudara kakak dan memegangnya.

Disebabkan perasaan teruja wanita tersebut memberi adik adam tengok dan memegangnya. Adik adam memerhati dan menganalisis sambil membelek-belek payudara wanita tersebut.

Selepas puas mentelaah Adik adam menjawab: Umur kakak 38 tahun.

Wanita : Tepatnya macamana adik tahu? Wanita itu sangat terkejut lalu memberi duit $100 seperti dijanjinya.

Adik adam : Saya beratur di belakang kakak masa beli tiket wayang.

10 sebab wanita memilih menjadi andartu?

Andartu? wooo jangan main sebut je bro pekataan tu kalau xnak kena pelempang ngan akak sebelah umah.

10 sebabnya :

1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.
9.
10.

Kenapa gajus biji di luar?

Buah Gajus yg istimewa dengan bijinya diluar.
Nick name : cashew/ cashew nut (english), janggus (utara), tere/ketereh (kelantan),
jambu gajus (temerloh pahang).


"Buah apa biji kat luar?" camtulah mula-mulanya pertanyaan bos aku sewaktu menceritakan kepada aku kisah asal usul kenapa biji buah gajus di luar. Kami lepak depan sungai kuantan pada waktu tu. suasana petang yg reduh di tambah angin bertiup buat aku rasa sangat best melepak di situ. Tulisan 'KUANTAN' yang besar di seberang sungai membuatkan aku terfikir betapa besarnya tulisan tu kalau aku duduk di bawahnya. terasa juga ingin pergi dekat dengan tulisan tu. Aku berumur 20 tahun, masih muda bergetah dan bekerja sebagai setiausaha di sebuah syarikat ternama di Kuala Lumpur.

Satu hari aku diarahkan mengikut bos aku ke kuantan untuk satu mesyuarat. Bos aku dah berumur dah, rambut da beruban mungkin dalam 45 kot umo dia. Bos aku ajak aku pegi awal sehari aku pun xtaw la nape. Aku ikut je la. Kami sampai kuantan dalam pukul 4 petang. Kami terus mencari hotel untuk check in. Bos aku mengajak aku check in sebilik dengannya, tapi aku menolak dengan pelbagai alasan. Eeee tak nak la aku huk3. Jadi kami check in 2 bilik. Sedang aku membuli-buli tilam empuk dalam bilik aku tetiba bos telefon ajak aku kuar lepak. Emm kebetulan aku boring sangat time tu jadi aku ikut je. Kami pergi minum dan lepas tu kami melepak di tepi sungai kuantan.


"Buah gajus!" cepat je aku jawab pertanyaan bos aku sambil tersenyum bangga. ekk eleeh soklan budak2 camtu nak tanya org apa la orang tua ni. Bos aku tersenyum sambil memandang aku lama. Entah apa dia pandang xtaw la, xleh pecaya org tua ni. Pastu dia pandang jauh ke depan sambil menyedut asap rokok. Asap rokoknya dia hembus tenang ke udara. Asap tu segera diterpa angin dan berpintal-pintal lenyap dalam udara.

"Lin tahu nape buah gajus biji dia kat luar?"sambung bos aku menyebabkan senyuman bangga aku lesap tiba2. Alamak mana la aku tahu, xpena dengar lagi soklan camni kat skola dulu. "Nape, dulu biji dia kat dalam ke?"aku yang dah xreti nak jawab lantas memutar belitkan soalan dengan memberi soalan pula. "Tak tahu ke?"bos aku tanya lagi. "Tak tahu, bos cite la nape,"jawab aku sambil memicit mati seekor semut yang bermain2 di betis gebu aku. Lalu aku gesel2kan mayat semut itu di betis aku menyebabkan ia mati dengan kecederaan parah.

"Citer ni dah lama berlaku zaman dulu". Bos aku mula cerita. Best gak dengar citer petang2 gitu. Masa tu buah gajus biji dia kat dalam lagi macam buah2 tempatan lain. Ye la buah2 kat malaysia kan biji sume kat dalam. Satu hari sekor singa lapar, dia kluar cari makan. Cari punya cari tetiba dia ternampak sekor rusa sedang berada bawah pokok gajus. Rusa tu tengah cuba nak makan buah gajus yg tergantung. Buah gajus tu agak tinggi menyebabkan rusa tu terkial2 mulut dia nak capai buah tu.

Singa tu hepi giler tgk mangsa ada kat depan mata. Lalu singa tu pelan2 menghampiri rusa tu untuk menangkapnya. Tiba2 singa tu terpijak ranting menyebabkan dia kantoi dan rusa pun menyedari ada musuh nak tangkap dia. Rusa tu tak takut pun tgk singa tu, rusa tu mengaum kuat mengeluarkan suara sekor harimau yang garang. Singa tu terkejut lalu melarikan diri.

Bila dah rasa jauh singa tu berenti kepenatan. Celaka kau rusa camne kau boleh mengaum bunyi rimau plak. Singa tak puas hati. Dia bengang betul ngan rusa tu. Ada ke raja rimba lari terkucil kena sergah dengan rusa. Lalu singa mencari sahabat dia beruang. Dia mengajak beruang sama2 pergi dekat rusa tadi. Bila singa cerita dekat bruang bahawa rusa boleh mengaum bunyi harimau, bruang juga rasa kecut perut. bruang takut juga kalau pegi nanti tiba2 singa lari tinggal dia sorang2 bila di jerkah oleh rusa hebat tu.

Disebabkan takut singa lari, bruang mengikat ekor singa tu di ekornya. lalu mereka pun pergi la tempat rusa tadi. Rusa tadi ada lagi tengah melompat2 nak makan buah gajus tak dapat-dapat. Dengan body tegap berjalan dua2 ekor tadi mendekati rusa tu. Rusa yg tengah bengang dengan buah gajus tu tiba-tiba tersedar singa dan bruang mendekatinya. Lalu rusa tu mengaum dengan kuat seperti suara rimau gagah pekasa. Singa dan bruang sangat takut dan segera memecut lari lintang pukang. Terputus ekor singa dan bruang tu. Buah gajus yang tengok kejadian tu sangat terkejut sehingga terkeluar bijinya. Begitulah ceritanya. Ntah apa2 la citer bos aku. Malas aku nak layan. Kalau korang nak pecaya citer bos aku ni ikut korang la. Ntah biji apa ntah dia maksudkan tu. Xleh caye org tua ni.

Siri Kisah Benar : Pengsan bila mau balik kampung [1]

(Mungkin secantik inilah wajah Ros gadis bali yang Karim ceritakan)


Karim menumpang rumah sewa Wadi kawan sekampungnya. Dia baru saja sampai di kuala lumpur dari kampungnya kelantan. Jauh perjalanan langsung tidak dirasainya. Dia nekad meninggalkan kampung selepas menamatkan zaman persekolahannya. Result SPMnya yang kurang power menyebabkan dia tiada pilihan selain mengembara ke kuala lumpur untuk mencari pekerjaan. Lagi pula sudah ramai kawan sekampungnya bekerja di kuala lumpur. Duduk di kampung juga berasa bosan kerana ramai kawan sudah tiada di kampung. Cuma di hari raya sahaja kampungnya jadi meriah kerana semuanya balik beraya. Masing-masing pulang beraya dengan penuh gaya, ada yang membawa balik kereta dan penampilan diri yang bergaya dan moden. Ini menyebabkan karim sentiasa menyimpan angan-angan untuk bekerja di KL.

Dipendekkan cerita karim mendapat kerja di sebuah kilang selepas 2 hari berada di KL. Namun dia terpaksa menyewa rumah lain kerana kilangnya jauh daripada rumah sewa Wadi. Karim tidak kisah janji dia mendapat kerja. Lagi pun bila hujung minggu tidak bekerja dia masih boleh ke rumah wadi untuk lepak bersama-sama.

Karim melapor diri untuk bekerja keesokan harinya. Supervisornya menunjukkan tempat kerja dan memberi taklimat serba sedikit mengenai kerjanya. Selepas itu supervisor meninggalkan karim dan karim terus mulai kerjanya. Pada mulanya karim agak kekok namun Rosli seorang pekerja lama yang bekerja disebelahnya membantu menyebabkan kerjanya menjadi mudah. Dia tidak sempat berborak lama dengan rosli kerana masing-masing sibuk dengan kerja. Bekerja di kilang memang tiada masa untuk melahu.

Sambil bekerja karim terlihat ada wanita cantik yang bekerja sama di bahagiannya. Wanita tersebut memerhatikannya dan mengukir senyuman menggoda. Rupanya wanita tersebut dari tadi lagi telah memerhatikan karim. Wanita tersebut walaupun sedikit berumur namun masih lagi cantik. Karim sekali sekala bermain mata dengan wanita yang belum dikenalinya itu, pada kiraannya wanita itu berumur dalam lingkungan 28-30 tahun iaitu dalam 10 tahun beza umur dengannya. Selayaknya wanita tersebut menjadi kakak sahaja kepada karim.

Jam 10 pagi loceng rehat berbunyi dan semua pekerja bergegas keluar untuk makan dan rehat. Kantin kilang dengan pantasnya dipenuhi orang. karim malas untuk berebut membeli makanan lagipun dia masih lagi terasa kenyang, cukuplah dengan bekal air nescafe yang di bawanya dan menghisap sebatang rokok di belakang kilang tempat parking motosikal.

"Tidak pergi ke kantin?"tegur seorang wanita. Karim yang sedang duduk di atas bangku motornya segera berpaling. Ternyata wanita yang menegurnya itu adalah kakak cantik yang bekerja di bahagiannya tadi. "Tak kak, saya tak lapar lagi. Ramai sangat kat kantin tu." jawab karim tersenyum. Dari dekat memang kakak itu kelihatan lebih cantik, badannya memang seperti anak dara yang masih mantap. "Jangan dipanggil kakak, panggil saja Ros,"kakak itu memperkenalkan dirinya sambil menghulurkan karipap kepada karim. Daripada percakapan ros, karim tahu dia bukan orang tempatan. "Ros orang mana?" karim tidak menolak karipap yang diberi. "Ros orang bali, datang jauh bekerja di Malaysia,"jawab ros sambil ketawa perlahan. Karim sangat terpesona melihat senyuman ros itu. Ingin saja dia melamar ros sebagai aweknya.

Masa rehat telah tamat. Walaupun sekadar 10 minit rehat, karim sempat berbual banyak perkara dengan ros. Tentang kampung halaman, tentang rumah sewa dan lain-lain. Karim merasa gembira mendapat kawan-kawan baru di hari pertama kerjanya. Sekurang-kurangnya stresss kerja dapat dihilangkan bila berborak dengan kawan-kawan.

Hari-hari berlalu sudah genap 5 bulan karim bekerja. Pada awal dulu sering juga dia berkunjung ke rumah wadi apabila hari minggu. namun sejak mula keluar dating dengan ros, karim tidak pernah ada masa lagi untuk melepak bersama kawan sekampungnya itu. Wadi tidaklah tahu mengenai hubungannya dengan ros namun wadi juga tidaklah kisah samada karim datang melepak atau tidak ke rumahnya. Hubungannya dengan ros semakin mesra seperti pasangan kekasih. Namun karim sekadar menganggap ros tidak lebih dari seorang kawan dan kakaknya. Walaupun ros itu cantik tidaklah bermakna karim ingin mengambilnya untuk hubungan yang lebih serius. Umurnya baru sahaja 18 tahun ingin berkasih dengan wanita seusia mak saudaranya tidak mungkin. Tambahan pula karim sudah ada buah hatinya di kampung, Leha anak pak cik mail tongkeng yang seusia dengannya.

Cuti persekolahan telah tiba. Wadi mengajaknya memohon cuti untuk balik ke kampung bersama. Wadi selalunya balik ke kampung 2 kali setahun iaitu pada waktu cuti sekolah dan cuti hari raya. Pada waktu ini ramai kawan-kawan dan sanak-saudara berkumpul. Namun karim memberitahunya bos kilangnya tidak meluluskan cuti dan berjanji akan balik hari raya bersama wadi nanti.

Ros sangat gembira kerana karim tidak jadi balik ke kampung. Sebenarnya ros lah yang memujuk karim supaya tidak mengambil cuti. Ros sangat sedih bila karim memberitahunya ingin balik ke kampung bercuti. Karim tidak sampai hati melihat wajah manis ros sedih lalu menipu wadi dengan memberitahu cutinya tidak diluluskan. Sikap karim yang terlalu mengikut kehendak ros itu memang pernah ditegur oleh rosli namun karim tidak menghiraukannya.

Kini sudah hampir tiba hari raya. Karim sangat teruja untuk pulang berhari raya. Dia sudah pun berpakat dengan wadi dan kawan sekampungnya yang lain untuk konvoi pulang berhari raya. Seperti biasa ros bersedih dan memujuknya supaya tidak balik ke kampung. Namun kali ini karim berkeras untuk pulang juga. Mana mungkin dia tidak balik di hari raya.

Malam itu karim mengemas pakaiannya. Tidak sabar dia menunggu wadi datang mengambilnya. Wadi berjanji mengambilnya pada jam 10 malam. Tidak lama kemudian kedengaran kereta sampai di rumah sewanya. Kedengaran suara wadi melaung memanggil namanya. Namun karim tidak menjawab. Wadi dan seorang lagi kawannya masuk ke rumah karim lalu menuju ke biliknya. kelihatan karim terbaring dengan beg pakaiannya masih berada di tangannya. Wadi sangat terkejut dan hilang arah mengenangkan sahabatnya tiba-tiba terbaring kaku di dalam bilik sedangkan baru 5 minit lepas dia berborak melalui telefon.

Selepas dicuba dengan berbagai cara namun karim tidak juga sedar. Kawannya mencadangkan karim di bawa ke hospital. Wadi dan kawannya mengangkat karim ke dalam kereta dan membawanya ke hospital. Doktor mengesahkan karim hanya pengsan kepenatan akibat bekerja dan berpuasa, tubuhnya kekurangan air menyebabkan dia menjadi lemah hanya kegembiraan untuk balik ke kampung membuat karim bersemangat namun akhirnya badannya tidak berdaya lagi dan menyebabkan dia pengsan. Karim terpaksa di tahan di wad selama 3 hari. Wadi lega mendapat tahu kawannya itu tidak apa-apa. Wadi dan kawan-kawannya yang lain terpaksa juga balik ke kampung tanpa karim.

Karim telah pun sihat semula. Selama 3 hari di hospital dia merasa sangat bosan dan sedih. Bosan kerana dia merasa dirinya sihat tanpa sakit apa-apa namun doktor tidak membenarkannya pulang. Sedih kerana tahun ini adalah hari raya pertama dia tidak dapat beraya di kampung. Hari raya ke-4 karim beraya dengan ros di badanraya KL sahaja. Ros memujuknya bersabar sahaja dengan kejadian itu.

Hari demi hari berlalu karim meneruskan kerjanya seperti biasa. Karim sangat rajin bekerja dan selalu membuat OT. Duit simpanannya semakin bertambah. Kerjanya semakin terasa ringan setelah mengenali lebih ramai kawan yang bekerja bersama. Si sahak adalah rakan OTnya. Sahak merupakan seorang yang gila OT, katanya dia ingin membeli motor 125 yamaha. Selepas mengenali sahak itu lah karim sering kali melakukan OT.

Setahun berlalu akhirnya hari raya tiba lagi. kali ini karim betul-betul menjaga minumnya dan mengurangkan kerja agar dia tidak lagi pengsan kepenatan seperti tahun lepas. Malah dia mengambil cuti sehari sebelum balik ke kampung untuk berehat di rumah. Seperti biasa wadi datang mengambilnya di rumah. Apabila sampai di rumah sewa karim wadi tidak melaung namanya tetapi terus masuk meluru sahaja ke biliknya untuk membuat surprise. Namun kali ini wadi sekali terkejut melihat badan kaku karim terbaring di dalam biliknya.

Bersambung...



Siri Kisah Benar : Pengsan bila mau balik kampung [2]

(Karim termenung mengenang kisah lalu sambil membaca mesej2 dari Ros yang disimpannya)
(Gambar hiasan)


Wadi memanggil kawannya yang menunggu di luar rumah masuk ke bilik. Resah suara wadi menyebabkan kawannya dapat mengagak tentu karim pengsan lagi. Setibanya di bilik kelihatan wadi dan kawan serumah karim sedang menyapu air ke muka karim. "Baru tadi elok je, dia dengar kereta masuk rumah..lepas tu dia masuk bilik nak ambil beg pakaian..terus jadi macamni,"beritahu kawan serumah karim tercungap-cungap berdebar. kebetulan malam itu kawan serumahnya itu tidak bekerja.

"Aku rasa karim ni lain la,"tiba-tiba kawan wadi meluahkan perasaan tidak sedap hatinya. "Lain apa, ish kau ni buat aku takut la,"wadi segera memotong. Takut benar dia membayangkan karim terkena sihir atau gangguan makhluk halus. "Kita bawak je dia ke hospital," wadi memutuskan untuk membawa sahaja karim ke hospital kerana baginya kejadian kali ni sama sahaja kejadian tahun lepas. mungkin ada benarnya karim mengalami keletihan akibat kekurangan air dalam badan. apabila doktor memasukkan air ke dalam badan, karim serta merta pulih. pada wadi perkara ini tiada kaitan dengan ilmu hitam atau pun gangguan.

"Karim tak bagi bawak dia ke hospital,"tiba-tiba kawan serumah karim bersuara bagai menyimpan satu rahsia. Wadi dan kawannya memandang wajah kawan serumah karim itu dengan penuh tanda tanya. "Kenapa..,"wadi bertanya ringkas tapi raut wajahnya jelas takut untuk mendengar jawapannya. Lalu kawan serumah karim itu menceritakan semuanya.

Karim selalu menceritakan kisah antara dia dan ros kepada kawan serumahnya saiful. Jika keluar dating atau keluar makan bersama ros karim akan tetap memberitahu saiful. sekurang kurangnya ada seseorang yang tahu ke mana dia pergi. Suatu hari karim telah menceritakan bahawa ros pernah berkata tidak mahu berpisah dengannya. Ros tidak akan sesekali membenarkan karim pulang ke kampung. Walaupun ros mengucapnya sambil berseloroh karim merasa tidak sedap hati. Perasaan itu semakin menjadi-jadi sewaktu dia mengambil cuti rehat awal sehari untuk balik berhari raya. Sewaktu dia mengemas pakaian ke dalam beg dia seolah perasan ada bayangan wanita di sebelahnya.

Bayangan itu seperti bayangan ros yang kelihatan sangat marah kepadanya. Bayangan itu pernah muncul sewaktu dia mengemas pakaian untuk balik berhari raya pada tahun lepas. Lalu dia segera keluar dan mendapatkan saiful yang sedang menonton tv di ruang tamu. Dia menceritakan peristiwa yang berlaku dan berpesan kepada kawannya itu jika dia pengsan jangan bawanya ke hospital. Bawa sahaja dia balik ke kampung kerana dia telah berjanji dengan ibunya untuk pulang beraya tahun ini. Saiful tidaklah percaya sangat dengan cerita karim itu, namun dia faham karim terlalu ingin pulang ke kampung berhari raya.

Berdiri juga bulu roma wadi mendengar cerita kawan serumah karim itu. Namun untuk tidak menghampakan hasrat kawannya itu wadi dan kawan sekampung yang lain membawa juga karim pulang ke kampung. Sepanjang perjalanan selama 8 jam itu memang karim kaku tidak bergerak. Risau juga wadi dan kawan-kawannya jika karim meninggal dan mereka disalahkan kerana tidak membawa karim segera ke hospital.

Karim termenung di tangga rumah mengenangkan peristiwa yang telah berlaku kepadanya. Sudah hampir sebulan peristiwa itu berlaku. Selepas karim di bawa pulang ke kampung memang keadaannya semakin parah. Badannya menggigil-gigil ketakutan namun matanya tetap terpejam bagai orang yang nyenyak tidur. Dia di bawa ke kota bharu berubat dengan 3 orang ustaz. Upacara perubatan itu dilakukan bersama-sama oleh 3 orang ustaz tersebut bagai melawan suatu kuasa yang kuat. Bumbung rumah yang setentang dengan tempat karim terbaring terkopek dan terbang bagai dirempuh suatu kuasa yang kuat. Mungkin gangguan yang mengganggu karim lari bertempiaran kerana tidak tahan diserang berterusan dengan ayat-ayat suci Al-Quran yang dibaca oleh 3 orang ustaz tersebut.

Karim langsung tidak sedar apa-apa sepanjang seminggu dia terlantar sakit itu. Namun apa yang dia ingat sewaktu sedang terlantar itu bayangan wajah ros muncul menangis kerana terpaksa berpisah dengannya. Kenangannya bekerja di KL dan berjumpa dengan ros tetap menjadi ingatannya sehingga hari ini. Selepas pulang ke kampung hari itu dia tidak lagi meneruskan kerjanya di KL. Saiful ada juga menyampaikan berita mengenai ros yang tidak lagi bekerja di kilang lamanya itu. Ros telah berpindah ke kilang lain dan mungkin akan menemui jejaka pilihan hatinya yang lain pula.

.:Tamat:.

Anda membaca blog ini sambil..

Gambar kat atas adalah result daripada poll 'Anda membaca blog ini sambil...' yang telah dipaparkan di blog ini bermula 2/5/2011 hingga 8/5/2011.

Menonton MariMar dan Duduk merupakan 2 posisi ter'feymes' yang dilakukan oleh pengunjung2 blog ini.

MariMar adalah merupakan drama bersiri romantik philippines yang diadaptasi dari cerita asal MariMar 1994 iaitu telenovela Mexican TV dengan heroinnya Ariadna ThalĂ­a Sodi Miranda. Thalia merupakan seorang pelakon dan penyanyi mexico berwajah manis dan seksi.

Thalia (hot mexican singer and actress)

MariMar versi philippines bermula pada tahun 2007. Pemilihan heroin yang setanding dengan Thalia dipilih dikalangan artis-artis wanita terbaik philippines. Sudah tentu heroinnya perlu berwajah manis, cantik dan sexy setanding Thalia.

Artis yang berjaya memegang watak MariMar ialah Marian Rivera mengalahkan pencabar terdekatnya Jennylyn Mercedo. Mungkin sebab namanya dah bunyi2 mari kot. Apapun memang Marian memiliki semua kriteria setanding lagenda Thalia 1994 malahan berlebih-lebih plak seksinya.

Marian (sweet)
Marian (Hot)

Jennylyn Mercado yang dikatakan pencabar terdekat Marian dalam merebut role as Marimar.

Jennylyn Mercedo

kongsi link ke blog anda di sini